Pemimpin Melayu hebat



Formula Mahathir bukti pemimpin Melayu hebat SHAH ALAM - Langkah Amerika Syarikat meniru formula ekonomi yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menangani krisis kewangan serantau yang berlaku 11 tahun lepas membuktikan kehebatan kepimpinan Melayu diiktiraf dunia.


Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, formula ekonomi yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri itu ternyata berjaya apabila Malaysia tidak meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau Bank Dunia sewaktu menangani krisis kewangan Asia pada 1997. Pada masa itu, Malaysia antara lain memperkenalkan mekanisme seperti penetapan tambatan ringgit kepada dolar Amerika, mengenakan kawalan pilihan tukaran mata wang asing serta tidak memperdagangkan ringgit di peringkat antarabangsa sehingga membolehkan negara bertahan dan seterusnya pulih daripada krisis itu.


“Kita dah buktikan formula ekonomi Tun Mahathir telah berjaya dan sekarang orang Amerika tiru formula Tun dalam menghadapi krisis (kewangan) dunia. Itu menunjukkan kehebatan pemimpin Melayu dalam ekonomi dunia. “Pendek kata, kita berjaya melaksanakan pemerintahan dan kepimpinan Melayu bukan hanya dalam negara kita tetapi juga di dunia, dan kita akan menjadi lebih baik di masa depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu program perancangan pengurusan industri anjuran bersama Felcra Bhd, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Antarabangsa Pengurusan Perladangan di sini, semalam.-Sinar harian


Aku akui ini memang benar. Masih aku teringat semasa aku mengaji di kptm pensyarahku pernah sebut pasal ini. Mungkin Beliau bukan seorang yang warak. Tetapi kehebatan beliau di dalam ekonomi memang sukar di tandingi. Musuh, sahabat, rakan semuanya mangakiu fakta ini.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

3 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Abah cakap..

Flasher bodoh!

Takbir raya