Man Utd tak puas hati le tu..


Samabil makan durian aku dan Abe menonton Man Utd vs Mas. Pasal game semalam, aku memang dah budget maun utd comfirm malu lawan dengan Malaysia menang 3-2 je, pulak tu nyaris seri.

Semangat player kite memang patut dipuji la, walaupun sampai terkangkang-kangkang dibuatnya..dorang tetap bersemangat lawan Man Utd. Kelakar aku tengok muke Van De sar bile Amri Yahya score dari jauh. Memang tercengang-cengang aku tengok mamat tu.

Man Utd tak puas hati sebab tak belasah team kite. Sebab tu dorang ajak revenge isnin ni. Pak Alex plak cakap, isnin ni Man Utd nak main pakai gear 1. Haa.. mampus da...tapi dorang ingat pasukan malaysia takde kaki ke..?

Daripade game semalam, aku tengok man utd mungkin tak dapat maintain champ dorang..nampak sangat ronald takde man utd tak kuat.

Sempene game semalam, seharian aku pakai baju man utd, pastu kete aku dah ku hias dengan decoratiom man utd. Hahaha..

Tapi, kalau next game Malaysia seri ngan man Utd, sampai mati aku sokong Malaysia.

Aku cadangkan kat FAM, friendly macam ni patut diadakan 80 kali setahun. Baru la power team kite.

Apada...FAM itupun nak ajau ke..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

1 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Dendang anak

Entah apehal hari ni..