Menulis Bukan Kerna Nama

Isnin, 9 November 2009

Kerja kampung

Dulu aku pernah kerja kampung . True story ni. Seingat aku hampir setahun aku buat kerja kampung.

Memang terkenang. Abah pernah mengeluh, nanti bila aku dah kerja tak ada orang nak tengok kebun dia.

Aku terima hakikatku. Sejak aku kerja kat Putrajaya seingat aku tak pernah sekali aku balik kampung. Rindu betul aku nak buat kerja ni.

Biasalah, time dah lama tak buat rindu. Tapi bila nak kena buat rasa macam nak menjerit je.

Agak-agak macam mana abah boleh relax je sampai sekarang buat benda ni? Cuma alasan dah biasa buat je yang boleh diterimapakai .

Gambar ni aku dapat kat blog acik. Aku pun tak ingat bila dia ambil gambar aku. Masa ni kalau tak silap masa aku baru balik dari Sg Pulai.

Rasanya macam nak balik kampung je lah cuti raya haji ni. Keinginan tu memang ada, so apa tindakan?

Ni gambar masa aku dengan semangat nak tanam cili. Yang bestnya abah support gila time tu. Barang-barang dengan benih pun abah belikan.

Tapi cili ni susah nak cakaplah. Cuma yang terror buat je bolah menjadi. Lama betul tak buat kerja-kerja kampung ni.

Kalau ada gambar aku mandi parit kan best. Lagi terkenang. Dulu addict balik kampung sebab nak mandi parit. Sekarang ni anak-anak buah aku dah melepas dah semua tu. Rugi dorang. Aku belajar terapung kat parit tu lah.

Emm..bile nak balik ek..
Share:

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Good boy. Semangat tu ada tetapi cepat sangat melatah. 'Bila nak balik?' Sehari sebelum raya haji.

JiwaLara berkata...

For sure jgn lak ko lupa reunion ko gan syafiq nak wat tuh...

Nazura Iqa berkata...

Balik je la waktu cuti sekolah yang panjang ni.....