Langkau ke kandungan utama

Road to Champ!

Satu chapter baru. Aku lupa nak story sikit apa yang aku buat sejak 2 minggu ni.

Aku telah di pilih untuk mewakili Treasury dalam sukan tarik tali.

Aku ingat lagi, hari pertama memang rasa macam tak nak je join. Tapi ikut saja la

Latihannya memang amat menyiksakan. Penat gila. Geng aku ni train dengan PDRM.

Dorang tu power gila. Lebih-lebih lagi PDRM ni main pakai kasut kawat dorang.

Barulah aku tau sukan tarik tali ni rupanya dan terkenal seluruh dunia. Dulu aku selalu ingat tarik tali ni sukaneka ounya acara je.

Ingat lagi Bro yang train aku, dia selalu marah pasal disiplin aku. memang aku tak berdisiplin pun dalam suakn tarik tali. Tak minat la. Dalam sukan tarik tali ni, mental fizikal kena kuat. Perangai degil merupakan x-facto untuk jadi champ.

video
Ni video masa final 1st set dengan Kastam. Kastam ni memang sejarah la. Sebab every year dorang memang akan jumpa team aku.


video

Inilah video terakhir aku menarik tali dan video inilah bukti Treasury jadi Champ Tug of War. Masa ni dalam kepala hanya ada perkataan gila.

Episod tarik tali telah tamat. Aku tak sangka adanya episod ini di dalam hidup aku. Sebelum ni aku tak pernah menyentuh tali tu. Aku tak tahu samada cerita tarik tali ini akn bersambung lagi atau tidak.

Thanks for team treasury sebab panggil aku. Thank to Bro Mie Bentayan yang ajar aku dalam dua minggu ni untuk acara tarik tali. I gonna miss all about this.

Hari ini merupakan genapnya setahun aku menjadi warga Jabatan Akauntan Negara. Pejam celik pejam celik dah setahun dah. Aku hampir tak perasan pasal ni. Pagi tadi bila duduk je, rakan yang sama-sama lapor diri dengan aku cakap pasal tu.

Sangat tak sangka. Dengan secara spontan aku pun flashback apa yang aku dah buat selama setahun ni. Dan satu konklusi telah aku dapat....

Selamat ualangtahun kerja Mrfeckry.


Ulasan

amirahsyuhada berkata…
dari dulu aku suka game ni, tapi tak pernah lah masuk sebab aku pun bukan kuat sangat. teringat kau kata game ni untuk orang gemuk je, haha, baru kau tahu game ni ok sebarnanya dan memang ada team dunia lagi. perhh ko mmg dah jadi aset kat treasury tu ye.

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…