Menulis Bukan Kerna Nama

Khamis, 12 November 2009

The Zizou

Kembali main futsal. Hari ni kalau orang tanya aku kenapa tangan sakit, aku akan jawab sebab semalam main futsal.

Dah lama tak dive sana dan sini. Semalam aku mula dapat cari balik kemahiran aku sebagai pak pacak kat tiang gol.

Abe nak wujudkan team futsal balik.

Susah juga. Sebab rancangan ni pernah dihasratkan pada aku oleh Abe awal tahun.

Semalam aku dan Abe dapat cari cukup 5 orang untuk dijadikan satu team.

Biasalah, team baru. Mesti susah nak serasi. Nak dapat macam team Hemp aku dulu memang ambil masa la. Aku main dengan team Hemp ni 3 tahun. Tapi serius aku cakap, nak dapat balik macam Hemp ni memang susah.

Sebab Hemp ni cukup semua posisi dan mereka masing-masing master dalam posisi masing-masing.

Lepas ni main futsal lagi..
Share:

0 comments: