Langkau ke kandungan utama

7.4 second! lu boleh bikin?

Mengantuk giler.

Aku tak tahu siapa yang ambil gambar aku ni. Pagi ni masa aku nak type posting ni aku memang stone. Rasa macam tak boleh nak buka mata.

Biasanya tiap-tiap pagi aku sampai office mesti aku on pc aku. Pastu aku pergi punch kad. Tapi agak macam haram pucnh kad aku telah diletakkan orang tangan rahsia yang sungguh berniat nak mendajalkan aku.

Aku tak tahu siapa punya kerja.

Lepas punch kad aku pergi buat nescape.

Baru minum seteguk, aku rasa perut ni dah kuar butterfly. Dan aku sentiasa akan berlari-lari ke arah tempat bro fadhir.

"Kau cari apa zul?" tanya mak buyong sedang menanti tarikh due datenya untuk melahirkan baby boy tu.

Dengan rasa merendah diri dan tak tahan untuk pergi kuar kan bond di dalam perut aku pun menjawab," cari paper semalam kak. Paper hari ni comfirm tak naik lagi."

"Kau nak buat apa la dengan paper semalam tu zul?" ditanya lagi sambil mengusap perutnya yang aku rasa memang dah sarat nak beranak.

"Berak!" jawab ku sambil berlari pecut umpama Watson Nyambek. Aku dulu memang berbakat dalam 100m berhalangan. Jadi aku menganggap segala pertanyaan yang di tuju pada aku sebelum aku sampai ke jamban tu adalah halangan seperti di balapan.

Time nak berak kalau lari 100 m, masa terbaik aku ada 7.4 second. Nasib MOAM tak tahu. kalau tak esti aku tengah busy trainning.

:-)Aku lupa nak bagi tahu, gosok gigi pakai ubat gigi yang berextract kayu sugi. Sebab terbukti dapat menghindarkan dari terkena kanser lidah Kalau tak tahu kayu sugi tu ape, pergi tanya nyonya jual sayur kat pasar besar Bukit Beruang . (-:

Ulasan

Embun berkata…
baik kau suh tanya danny ong,,hahaha
Would Self-reliant berkata…
errmmm... kenape yek???

Catatan popular daripada blog ini

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…