Aku bukan nak cerita pasal macam mana orang dalam gambar ni kiss. Tapi aku nak mengentrykan sesuatu yang ada significant dengan warna gambar ni.
Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Aku tak tahu pepatah tu siapa yang buat. Warna gambar ni ada juga sinonim dengan sifat keras dan lembut. Ada teori mengatakan nak lawan kuasa keras kena guna kuasa lembut.
Aku tak tahu benda ni ada sesiapa pernah terasa.
Kadang-kadang kita selalu nak berbuat baik pada semua orang. Tapi dalam menunjukkan baik hati, menjadi satu kebencian pula kepada orang. Senang cakap ada orang sakit hati. Hati, kata Nabi s.a.w seketul daging. Kalau rosak, maka rosaklah seluruhnya.
Ada orang tak pernah kisah pun perasaan orang. Nak cakap, dia cakap. Yang penting hati dia. Terguris hati orang pun tak apa. Sama juga perasaan marah, ada orang tak boleh control perasaan marah. Asyik marah je. Jumpa marah, cakap marah. Every point is marah. Tak fikir perasaan orang.
Macam mana nasib orang yang sering cuba menjaga hati orang sekeliling. Hati sendiri menyirap pun tak apa. Yang penting sabar. Kerana Allah sentiasa dengan orang yang bersabar.
Senyuman di balas masam muka.
Aku tak kisah orang nak marah, nak benci nak cakap apa. Aku rasa tak guna nak marah-marah. Sebab marah tu negatif, baik kita ambil segala yang positif.
Ada satu situasi, ketika perrbincangan. Ada orang melontarkan kata-kata idea dengan penuh sentimen. Sehingga merah muka kerana begitu bersemangat. Malah bila ada orang menentang pendapatnya ia bagai menyiram minyak ke dalam api. Apa yang penting adalah pendapat dia. Bukankah lebih baik melontarkan pendapat dengan senyuman. Dari senyuman nampak sudut yang positif. Malah di dalam sesuatu diskusi yang penting adalah hak bebas bersuara dan demokrasi.
Bagi orang pernah terasa di tekan, dibengangkan hatinya, apa kata ambil perumpaan ini.
"Jadilah seperti pohon yang rimbun, jika dibaling batu, ia jatuhkan pula buah yang ranum."
Kata Dr Fadzilah Kamsah, memaafkan semua orang adalah ubat terbaik untuk sakit hati. Jadi aku rasa positive thinking adalah yang terbaik. Orang nak kata apa, biarlah mereka mengata.
Hati adalah seperti ikan di lautan, walaupun dia hidup dia laut yang masin, namun dagingnya tetap tidak masin. Tapi kalau ikan itu dah mati, di gaul dengan garam dan di masak pasti akan masin rasanya. Begitulah hati, jika mati hati itu maka terdedahlah ia dengan pengaruh luar.
Apa aku mengarut ni.
-: selalulah berzikir ya latiff sebanyak mungkin untuk melembutkan hati yang keras.:-