Menulis Bukan Kerna Nama

Selasa, 29 Disember 2009

Love in dancing mode?

Aku tak sengaja buka tv malam ni. Layan buletin utama sebab nak tengok berita sukan.Ingat nak tengok pasal kedah dengan Perlis punya game. Sebab menariknya berita ada kes penyokong merusuh kat stadium.

Aku pun mengeluh sambil menepuk dahi," baru malaysia dapat Emas, ingat imej dah elok tapi masih buruk di takuk lama."

Meneruskan layan TV3 samabil tak langsung tukar chanel.

Rancangan lepas buletin utama cerita tari tirana.

Aku layan secara tak sengaja. Makin di layan makin best pula cerita. Macam kurap, makin di garu makin sedap. Mungkin ada orang akan kata, aku ni peminat sandiwara melayu. Tapi aku masih terus layan cerita tu. Nak kata actress cun, sharmila tu tak la cun. Tapi aku masih terus layan.

Dalam tak sedar, rupanya aku dah layan cerita tu sampai sejam. Itu pun nasib cerita tu sejam. Kalau dua jam aku mungkin masih melayan cerita tu.

"Hawau! macam pernah layan je cerita ni. Tapi kat mana ek?"bisik aku dalam hati.

Malas aku nak fikir, aku buka laptop dengar lagu sambil minum nescafe lagi baik. Hilang juga kering kat tekak aku ni.

Tajuk lagu, ' cinta dalam hati'.

-aku layan cerita ni secara tak sengaja-
Share:

2 comments:

embun d tengah malam berkata...

kau tak pasan ker fizi belakon citer tari tirana tu

Mr feckry berkata...

aku perasan..dah jadi pelakon dah minah tu.