Perutusan 2010.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama islam.
Hari ini merupakan hari pertama dalam kalendar masihi 2010. Syukur ke hadrat illahi kerana memberi kita peluang dan kesempatan untuk masih bernafas di angin 2010. Dengan kesempatan yang di beri oleh Allah, maka segala perancangan kita di tahun lepas jika ada yang masih tertangguh, masih dapat diteruskan.
Biasanya pada setiap awal tahun kita akan memasang niat, merangka perancangan untuk tahun baru. Namun semangat untuk memastikan setiap perancangan itu berhasil perlu mempunyai semangat yang jitu.
Kita perlu sedar, kita adalah hamba Allah. Jadi setiap perancangan itu perlulah dengan izin Allah.
Bagaimana dapat kita mencapai impian?
Pertama, kita perlu memasang niat. Niat itu perlulah kerana Allah. Sebab kita perlu ingat, segala yang berlaku adalah semuanya dengan izin Allah.
Kedua adalah usaha, jika kita niat tapi tanpa usaha umpama berangan saja. Tidak akan tercapai cita-cita itu jika tidak kita berusaha.
Ketiga, doa. Doa adalah senjata utama umat islam. Doa juga merupakan satu bukti yang kita sebenarnya adalah hamba. Merintihlah kita dengan memohon restu pada illahi. Insya allah, Tuhan Maha Pemurah dan amat suka pada hambanya yang suka berdoa.
Keempat, setalah kita niat, usaha dan berdoa, kita harus bertawakal. Kita serahkan segalanya pada Allah yang maha berkuasa. Tawakal bermaksud berserah pada Allah. Bacalah bismillahi tawakaltu alallah. Sesungguhnya setiap kejaayan yang kita inginkan datang dari Dia yang Maha Berkuasa.
Akhir sekali, niat yang diimpikan perlulah kita tak ke tahap yang tertinggi. Maksimumkan niat kita. Percayalah, tiada yang mustahil dengan bantuan Allah. Apabila segala yang diimpikan itu termakbul haruslah kita bersyukur sebagai tanda terima kasih kepada Allah kerana permintaan kita di makbulkan.
Saya dengan rasa rendah diri mendoakan impian semua umat islam termakbul dan saya juga berdoa semoga impian saya ingin menjadi Akauntan Negara Malaysia tercapai.
Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah saya buat silap pada tahun 2009 dan saya juga memaafkan semua orang yang pernah membuat silap pada saya.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang tidak baik itu datangnya dari diri kita sendiri.
Surah Yusof Ayat 4
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusof berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". yusuf ayat 4