Pantau terbalik

Poyo siut gua letak gambar ni

Serban. Orang kata tak pakai serban pun tak apa. Janji solat kita tunaikan. Malah ada yang mengatakan pakai serban ni kolot dan nampak old school. Tak sezaman.

Actually, gua teringat tazkirah imam masjid gua jumaat lepas. Serban adalah sunnah nabi. Orang-orang yang membenci pakaian serban seolah-olah membenci sunnah nabi s.a.w. Sudah tidak mahu pakai, malah di kutuk pula. So, pada yang kat luar tu gua ingat ambil tahu sikit la pasal sunnah.

Gua baca paper kat bilik termenung tadi. Topik menarik perhatian gua adalah jemaah tabligh di pantau polis.

Serius gua tahu tabligh adalah pasukan yang di pandang hina masayarakat. Lu orang tak percaya,? K, pernah tak lu orang dengar artis cun couple dengan tabligh? Kalau lu gurl yang perasan cun and hot nak ke ada balak yang pakai serban and jubah memanjang?

Hahah, tapi bila tanya," apakah ciri2 suami yang anda idamkan?"

Lalu awek-awek akan menjawab," pertama mestilah yang beriman. Yang kedua boleh membimbing ke jalan yang benar.."

Gua comfirm gelak la kalau dengar artis nak lelaki macam tu sedangkan dorang memandang jijik pada lelaki yang mengamalkan sunnah nabi s.a.w. Lu pikir la sendiri.

Long time a go gua pernah layan geng tabligh ni. Masa tu gua baru habis SPM. So meh gua cerita pengalaman gua melayan geng-geng ini. Bro telah bawa gua lepak kat surau kat nilai. Masa tu bro gua dah layan dulu. Gua lepak dengan dorang sehari semalam. Lu orang tahu apa aktiviti dorang?

Pagi, bagun solat jemaah subuh then kalau sempat akan baca yassin. Pastu ada tazkirah subuh. Lepas tazkirah dorang breakfast.

Lepas breakfast, mereka akan pecah pada dua kumpulan. Kumpulan 1 akan pergi rumah ke rumah untuk ajak pergi surau. Kumpulan ke dua mengaji ilmu agama di surau.

Sebelah petang pun sama je jadual dia. Tapi cuaknya kalau kena bagi tazkirah. Apa lu nak cakap?

Ok gua cerita sikit pasal kumpulan yang pergi rumah ke rumah. Kalau tabligh datang rumah lu orang apa lu orang buat? kebanyakan akan memilih untuk tak buka pintu. Tambah, rumah student. Student ni kalau ajak pergi clubing melompat, tapi kalau ajak pergi surau macam baru mati lepas perang.

Geng yang pergi ke rumah ni di pimpin oleh seorang amir dan penunjuk jalan. Dan yang lain kat belakang tu semua kerjanya berzikir. Dahsyat tau kerja ni. Gua pernah pergi satu rumah tu, dan kitorang pernah kena maki dan hina oleh tuan rumah. So lu orang bayangkan Nabi s.a.w berdakwah macam mana? Itu kami belajar.

Sebelah malam , solat jemaah dan kuliah. Itu saja. Cuma mereka akan adakan qiamulail pada sebelah tengah malam.

Gua tak pernah rasa, sehari bersama sunnah nabi.s.aw. Makan, pakai, tidur, aktiviti semua ikut sunnah nabi s.a.w. Gua cuba cari, adakah zikir ke , atau amalan yang lu orang kata tabligh ni macam ayah pin. Seriusly memang tak ada. Ini semua fitnah saja.

Betul lu orang kata, tak semua puak2 ni baik dan tak semuanya yang ikut betul ajaran tabligh ni. Tapi please, memang terbukti puak-puak ini sangat disiplin menjalankan sunnah nabi s.a.w. Lu orang cakap la puak ni jumud ke kotor ke, tak hensem ke tapi mereka tetap menajalan sunnah dengan disiplin.

Kali gua rasa terpanggil nak story pasal ni. Sebab gua tengok remaja, rebelia, dan retua kebanyakannya memandang jijik puak-puak ni. Macam dorang ni terorrist pula.

Comfirm bila baca entry ni ada yang akan terdetik yang gua ni "poyo dan alamak mamat ni islamic sangat la." Tak ada hal. Gua tau gua pun tak baik dan tak perfect, tapi gua doa lu orang akan sentiasa beriman dan gua pun harap lu orang doakan gua.

Wallahualam...
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

30 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin