Menulis Bukan Kerna Nama

Rabu, 5 Mei 2010

Lantai Merah-1


Hijrah..bermaksud pindah.

Hari ini aku melangkahkan kaki kanan ku ke Kota Ah Loy . Aku datang sini sebab aku dapat sambung belajar kat sebuah pusat pengajian yang aku rasa agak terkemuka la . Aku tengok dahsyat betul. Banyak bangunan yang tinggi-tinggi.

Maklumlah baru pertama kali datang ke Kota Ah Loy ni.

Aku ni datang dari kampung.

Disebabkan aku baru sampai aku pun pusing la nak cari teksi. Tengah aku berjalan kat dalam bas stesen ni aku rasa macam nak terkucil pula.

Em..cari tandas la dulu..Sampai aje kat tandas bas stesen tu aku pun cargas la tunaikan hajatku.Lepas selesai segalannya aku keluar la dari tandas tu...Tetiba je aku rasa ada yang mengekori aku..alamak jangan la jadi apa-apa. Aku dah la bawa beg berat ni.

Tap!! Ada orang tarik bahu aku...perghh...mati la aku. Ape hal lak mamat ni tarik aku ni. Aku ada buat salah ke..ya Allah kuatkan la semangat aku.."Wei boy lu ada sen tak? " mamat tu tanya aku. Ni mesti nak pow ni.

Pokemon betul la."Ha? Mana ada bang..saya ada cukup-cukup aje untuk tambang pergi daftar balajar",gigil aku.

"Ala..lu mesti ada bawa lebih punya..bagi la aku sikit..", mamat ni gertak aku. Siap letak pisau rambo tu kat pinggang aku...mampus aku ni..."a..aa..jap ek bang", aku pun nak keluarkan dompet.

Tetiba aku dapat akal.Kalau aku hentak telur mamat ni pastu rempuh je mesti lepas ni.Senyap-senyap aku turunkan tangan aku..Eyah!!aku tumbuk telur mamat ni..aku pun lari la dengan sekuat-kuat hati...aaaaaaa...aku jerit kuat-kuat.

Nak bagi orang dengar...

Sampai kat tangga pudu aku tengok ada teksi.Tekejut driver teksi tu tengok aku main terjah je.

"Ayo adek! Apahal ni? ", uncle teksi tu tanya."Uncle, jalan uncle!Ada orang mau pow saya."aku cakap kat uncle tu. Uncle teksi tu pun terus bawa aku keluar dari kawasan puduraya tu.

Aku suruh dia bawa aku kat kolej yang aku nak daftar belajar tu..nasib dia ada. Kalau tak, agaknya aku tak dapat sambung belajar...Fuhh..nasib baik...

Dalam perjalanan tu uncle tu tanya aku," adek lu apa nama?"

"My name is Karl Zafran Mohd Daniel," spontan jawab ku.
Share:

17 comments:

embun d tengah malam berkata...

power gak karl ni..hahahah

Nurul Ain berkata...

gila hensem nama karl tu kan?

nak pow minta sen..ape kes??!! bodoh punya pengepow!

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

Karl Zafran Mohd Daniel

b0leh wat name anak =P

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

Karl Zafran Mohd Daniel

b0leh wat name anak =P

Mr feckry berkata...

embun: eh belaja silat kan

Mr feckry berkata...

ain: tu bahasa mat pit la

Mr feckry berkata...

mis lolly:suke hati lu la

akuvision berkata...

hehehe...aku tunggu bro cerita selanjutnya, intro je dah ade aksi

Mr feckry berkata...

akuvision:haha..layan jer..

sugar2 kapas strawberry berkata...

cantik nama awk..hihihi

cm dlm novel je nama.. ;)

enyheartsdiamond berkata...

ending tu mcm saspen.. mcm ada sambungan :D

Mr feckry berkata...

sugar: nama pun gua buat novel...

Mr feckry berkata...

eny:memang ada sambung

annfrendly berkata...

ermm mat pit memang banyak kat puduraya.. jahatkan dorang.. dahla menagih.. minta duit kat orang pulak.. siap ada pisau rambo tu.. kalau tak bagi mesti dia nak rodok gan pisau tu..

Mr feckry berkata...

ann:betul tu, pihak berkuasa perlu amik tindakan nih

::cdot the dot:: berkata...

napa tak panggil gua join tumbuk telur dia?gua bg pakej sekali dgn ramas..

Mr feckry berkata...

cdot:gua kesian kat die