Menulis Bukan Kerna Nama

Ahad, 18 Julai 2010

Treasury Champ Tug of War

Gaya pagi

Gaya bertarung

Gaya pemenang

Seperti mana yang lu orang tahu, semalam adalah kemuncak segala-gala jerih perih gua dan team treasury. Team gua samada lelaki dan wanita, kedua-duanya menang dan menjadi johan dalam acara Tug of War atau nama melayunya tarik tali di Pesta Sukan Kementerian Kewangan ke 36.

Serius gua rasa, banyak sentimental value dalam nak dapatkan johan ni. Gua tak masuk offfice hampir 2 minggu, menjalani latihan yang gila punya ketat, pastu masa gua semua gua habiskan untuk latihan. Lu orang bayangkan, gua sanggup tak pergi gym sebab nak trainnning. Masa gua dengan nono pun dah kurang. Pastu banyak pula drama contohnya, coach boikot management, manager asyik nak mengungkit, player tarik diri last minit, dan macam-macam lagi.

Tapi, apa yang paling manis gua belajar adalah kerjasama dalam sebuah keluarga. Segalanya akan berjaya jika ada disiplin dan kerjasama.

Salut kat coach gua Azmi Ismail atau Abang mie bentayan. Lu orang nak kenal dengan mamat ni? Search la kat Facebook nama Azmi Bentayan. Muka macam John Travolta. Kalau mamat ni tak ada, maka tak adalah emas dalam pasukan treasury untuk setiap tahun. Sejak gua main trainning dengan coach ni, gua tak pernah rasa atau kenal apa itu kalah. Serius terbaik beb coach ni.

Tahun ni, gua rasa semakin erat persahabatan gua dengan teammate yang lain, maklum le tahun gua rajin pergi trainning, team laki macam zamri, fariz, azam, masnor, wan , amin ,ijad, awe,zaki dan ayob menjadi semakin akrab dengan gua. Thank for lu orang sebab bagi komitmen yang terbaik.

Hari ni gua telah di beri cuti tanpa rekod oleh Ketua Setiausaha Perbendeharaan sebab menang semalam. So gua nak peluk bantal sampai lusa pagi. Maklumla, nak peluk bini, nono belum sah lagi jadi isteri gua.

Peluk bantal je la...
Share:

8 comments:

annfrendly berkata...

wa... menang...
hohooo.. peluk bantal aje ek.. cian.. heheh..

annfrendly berkata...

eh..lupe nak cakap..
tahniah..
berbaloi-baloi..

ayut berkata...

betul..setiap pahit, derita dan kepayahan tu amat terbayar dengan sebuah kejayaan, kan. By the way, ko dpt tak sms aku? aku dah tukar number baru. Sempena syaban dan ramadhan..tukar buku baru dlm hidup.

Mr feckry berkata...

ann:best juga peluk bantal

Mr feckry berkata...

ann:thanks

Mr feckry berkata...

ayut:dapt..tp aku dah terdelet

Anne Boleyn berkata...

waaa tahniah!! :)

Mr feckry berkata...

anne:tankiu