Menulis Bukan Kerna Nama

Jumaat, 29 Oktober 2010

Balak marah, awek berserah


Setiap orang perlu cari button hijau time pagi2. Bila dapat button hijau tu, maka akan ceria la sepanjang hari.

Apa lu orang punya button hijau?

Gua? Button hijau gua adalah, awal pagi dapat bersarapan dengan gadis yang bakal menjadi teman hidup gua sambil pekena tongkat ali dan juga meggi goreng telur mata. Sambil melihat gadis itu senyum manis seolah memberi aura keceriaan yang bakal menyelubungi hidup gua sepanjang masa. Itu la my nono.

Terbaca di dada akhbar hari ni. Pelajar perempuan uitm kena belasah dengan balak sampai koma. Doktor pula mengesahkan minah ni akan koma selama 4 bulan. Sebelum tu, takziah buat keluarga yang berkenaan.

Rasa macam nak hempuk je balak dia. Kata sayang, tapi yang pergi belasah sampai koma awek tu buat pa? Ni pengaruh filem Mafia ke, asyik nak mencepuk je.

Beb, gua bagi tau awal-awal. Lelaki dayus pukul perempuan. Sebab tu bukan lawannya. Kalau nak lawan biar la dengan yang setara. Baru tau diri tu hebat atau tidak. Ini tidak, bantai kaum yang lemah. Memang la menang. Gua bukan kata gua kuat and nak ajak test dengan gua, cuma nak nasihat kaum laki yang jenis tangan ringan ni.

Kenapa mesti mara then cepuk-cepuk orang. Ini keroje setan tau tak. Lu pukul orang, setan pukul gendang tanda gembira. Rugi beb, kalau lu kuat pergi la palestin bela saudara kita yang sedang di terajang oleh yahudi laknatullah.

Gua kalau sebut yahudi ni, mula la darah nak menyirap.

Gua tau, kita kadang-kadang tension, tertekan, marah sedih. Tapi percayal, tu ujian dari Allah. Allah nak tengok samada hamba-Nya ni mampu menangani ujian dari-Nya ataupun tidak.

Jadila lelaki yang sabar dan tenang. Itulah yang di ajar oleh Rasulullah s.a.w.

:- sumber haram jadi rezeki, macam mana ni? Isu Hub Hiburan dalam ETP?how...ya ALLAH
Share:

10 comments:

POSH76 berkata...

balak cam ni sebenarnya takdak tulur...takat berani dgn perempuan apa hal...baik tinggal kan ajer...cari lain huhu

Mr feckry berkata...

posh:stuju giler

alinac lover berkata...

ala sian gadis tu~ kes naya ni

y@n@ M!B berkata...

mmg sah la pasni xde org nk kat laki tu...jatuh market! fadan muka! miahaha~

usul kt parlimen, laki yg suka pukul pompuan xyah msk penjara..tp bg tiket penerbangan ke palestin/iraq...penerbangan WAJIB tu! *geram ni* >_<

Mr feckry berkata...

alinac:mau tak naya

Mr feckry berkata...

yana:sangat bernas usul tu

Anna Boleyn berkata...

setuju dengan cadangan cik Y@n@ M!B

huhuu nasib baik lu tak macam tu kan. beruntung cik nono. hehe :)

Mr feckry berkata...

anna:thanks puji wa

annfrendly berkata...

intro sweet abes..
mmg tak patut betul pukul gf.. isk2. apelah nak jadik..

Mr feckry berkata...

ann:standard la