Menulis Bukan Kerna Nama

Isnin, 18 Oktober 2010

Malas solat


Orang muda sekarang malas solat.

Statement ni kalau dengar, gua pun boleh tunduk-tunduk malu. Kenapa ye, sebab perkara tu benar.

Tak boleh di nafikan. Anak muda zaman sekarang dah tak pentingkan solat. Solat letak tepi. Tepi mana, tepi mana-mana la. Dalam hati tak terniat langsung pasal solat. Kenapa ya? Salah siapa? Kalau tuding jari takut-takut terkena batang hidung sendiri.

Ada orang muda sembang pasal solat," kau ingat orang yang pergi masjid tu baik ke?. Ala dorang pun sama je. "

Ada pula yang kata macam ni," kat masji sibuk suruh sembahyang. Bagi ceramah pasal sembahyang, tapi tak tekankan pun pasal syahadah. Padahal syahadah tu no 1 rukun Islam."

Itu la kata-kata yang gua sendiri dengar dari rakan gua. So macam mana?

Lu orang, meh gua nak ajal fikir jap. Rukun solat ada 13. Tak buat satu apa hukumnya? Adakah batal solat kita?

Rukun Islam ada 5, tak buat satu batal tak Islam kita? Macam mana nak jawab.

Anak muda malas solat. Anak muda macam gua, anak muda sezaman dengan gua, anak muda yang sebaya lebih kurang macam gua. Kalau lapisan generasi gua kebanyakkannya macam ni, macam mana gaknya 25 tahun akan datang?

Generasi dulu, generasi mak bapak kita dulu, cukup alert dengan solat. Tak percaya? tengok kesannya sekarang. Kat masjid yang banyak terbongkok-bongkok dan berkedut-kedut tu generasi siapa? Kita ke?

Gua cakap, gua pun sedih. Sebab gua pun jarang dapat luangkan masa pergi masjid. Alahai..nipisnya iman ni.

Anak muda malas solat, tapi rajin cari duit. Kalau tanya duit tu siapa bagi, bos bagi jawabnya. Majikan bagi jawabnya. Customer bagi jawabnya. Mana ungkapan Allah bagi? Mana? Allah.. semakin gua tulis, semakin sentuh diri sendiri.

Fren, blogger, kalau dulu kita pandang sinis orang solat, agak-agak tuhan pandang kita macam mana. Jangan cakap mati nanti boleh mengucap syahadah dah boleh masuk syurga. Macam mana nanti nak mengucap kalau kita tak pernah buat suruhan Allah.

Syahadah adalah pengakuan kita terhadap Allah. Macam mana nak mengaku kalau tak buat suruhannya.

Aduh, makin banyak gua tulis macam ni, makin terkena batang hidung sendiri. Camne ek fren, blogger? Apa gua nak buat ek?

Orang ajak solat, kita senyum sinis tanda lekeh. Itulah anak muda. Susah ke nak cakap solat tu sangat penting untuk hidup?

Kalau tak makan, boleh mati kelaparan tau tak. Kalau tak solat..? Aduh terkena lagi batang hidung gua...
Share:

12 comments:

ardinihumaira berkata...

memang ramai yang tak solat skang ni... terang2 lak tu... sedih melihat golongan ini. hu

Anna Boleyn berkata...

alpa....

Mr feckry berkata...

ardhini:huuuu..

Mr feckry berkata...

anna:manusia biasa

Redbloodsnow berkata...

suke aku ngan post ko nih, bro. sgttt sgtttt thumbs up kat post nih :)

peringatan utk diri sendiri gak..hikss

Sesumpah berkata...

cuba kalau tuhan malas bg rezeki


HAAAA bru nak rajin.

Mr feckry berkata...

red:ni from my bottom heart tau

Mr feckry berkata...

red:ni from my bottom heart tau

Mr feckry berkata...

sesumpah:sape nak jawab tu

annfrendly berkata...

Jom solat...

eh sekarang.. baru 2:13pagi

belum subuh lagi.. errr..

Mr feckry berkata...

ann:taubat, pastu hajat

Fida Faizal berkata...

salam . fida selalu tak bangun subuh . bagai di ikat erat rantai iblis . hmmmm