Masa

Gambar Sept 2010

Gambar 2007

Masuk hari ni dah 3 hari gua tak pergi gym. Pada gua dah rasa cam lama gak. Sebab kebiasaanya gua cuma cuti sehari je dalam masa seminggu. Sebab tu gua kata gua terlalu obses dengan gym.

Gua off gym kejap sebab terlibat dalam menyebukkandiri untuk makan malam akaun awam. Pastu tengahari semalam gua buat HIV test pra perkahwinan. Hari ni pula gua rasa macam tak sempat. Ya la, tengah hari nak trainning karaoke, pastu dah pergi sembahyang jumaat. Sebelah petang pula nak pergi test stage untuk majlis makan malam tu.

Rasanya esok la gua pergi. Memang gua qada' balik la 3 hari yang gua tak pergi ni

Gambar kat atas ni gambar gua dan bro gua main gym. Dia ni cikgu silat. Pencapaian dia dalam silat memang gua tabik spring. Dah banyak kali menang dan wakil negeri Melaka. Kalau silat memang gua kalah.

Tapi kalau gym, lu orang tengok sendiri.

Ramai yang tanya, kenapa family gua ni badan dia tegap2. Ibu kata atok dulu pun tinggi dan tegap. Kalau atok tidur atas katil, kaki mesti terjulur ke bawah katil. Pastu kalau masuk pintu bilik, mesti kena tunduk.

Malam ni gua nyanyi depan Dato' Akauntan Negara. Doakan suara gua tak pecah.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

17 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin