Gambar sekadar hiasan - mereka tidak kebal pun |
Pernah dengar cerita tentera british jumpa kiyai Salleh setinggi pokok kelapa?
Ahmad Indera , perluru bertukar jadi air,
Rashid Maidin menepis tembakan tentera British dengan sehelai daun..
Bruce Lee tumbang dengan pukulan Mahaguru Meor Abdul Rahman,
Cerita ni rasanya akan jadi satu cerita dogengan untuk generasi akan datang. Sama macam waktu masa kecil dulu, diceritakan tentang mitos Hang Tuah, Malim Dewa, Merong Mahawangsa, Mak Lampir, Wali Songo dan lain-lain. Zaman aku kecil sendiri ia diceritakan bagai cerita dongeng. Kalau zaman anak-anak aku umur 20 tahun , mungkin nama-nama yang disebut tadi akan jadi bahan komik. Bukan tujuan menulis ini untuk mendewa-dewakan mereka. Namun, di hati ini rasa ingin nak tahu serba sedikit pasal meraka. Hebat meraka ni dek kerana ilmu. Siapa waris ilmu itu , akan jadi hebat juga la mereka.
Zaman aku menaip ini, bidang penyelidikan ilmu, diambil berat. Mana tidaknya, kalau silap...dapat gelaran syirik , sesat, bida'ah.
Nama yang disebut tu, mahir dalam ilmu berani.Ilmu guna untuk pertahan diri, keluarga , bangsa dan agama. Persoalan yang ingin perlu diungkit, mengapa ilmu ni di zaman serba canggih ini,ia diketepikan secara hina dan di labelkan haram. Dua amalan yang aku ambil sebagai contoh.
- Surah An An'am Ayat 103
- Surah Al-Baqaroh Ayat 249
- Surah Mariam dan Surah Asy-Syura ayat
- Surah Al-Baqaroh Ayat 165
Jujurnya kedua amalan ini dikutip dari google. Zaman sekarang info mudah cari. Nak ilmu apa , taip saja, sheikh google akan beri. Sahih atau tidak, tu kene selidik pada pakar.
Back to story amalan atas ni. Ini antara amalan silat gayong. Dan antara amalan Kiyai Salleh Batu Pahat. Kalau ditanya pada generasi sekarang, pasti mereka akan tanya, doa begini datang dari mana, apa sanadnya guna ayat ini, apa kaitannya ayat ini, kenapa tak doa dalam bahasa melayu , bahasa yang mudah untuk dijiwai ketika berdoa. Rata-rata akan cakap begitu.
Cuba perhati ayat-ayat tu, adakah ia yang menyesatkan?
Mengapa beramal dengan amalan ini, zaman ini di , dianggap sesat..dan syirik? Ada yang jawab, pembawakan salah..sebab nanti ade jin datang damping pada pengamalnya..
Baik, aku ada pandangan tersendiri dengan perkara ini.
Segala yang bersandarkan Al-quran adalah betul. Namun ia jadi salah, apabila ambil separuh, ignore separuh. Guna ayat quran untuk kebal, tapi cuma ayat itu saja yang dibacanya, surah-surah lain tidak dibaca, hukum-hakam quran pun tidak diikut. Sebab itu , pembawakan jadi salah. Bagi memurnikan amalan-amalan ini,perlu baca dan mengaji al-quran sepenuhnya, hidup ikut syariat islam yang di ajar oleh Rasulullah s.a.w, bila beramal dengan ayat quran, baca dimulut, hati doa pada Allah. Insyaallah, yang datang bukan jin atau iblis, tapi Allah bantu untuk kita selesaikan urusan.
Nak kebal, Allah bagi. Tidak perlu untuk jin jadi orang tengah. Kita doa Allah bagi terus. Kalau doa , tapi Allah tak bagi, check balik hubungan kita dengan Allah.
Jika ingin beramal dengan amalan, perlu berguru. Sebab, adab belajar adalah dengan guru. Boleh rujuk jika ada kemusykilan. Silap baca, guru boleh betulkan. Nak ambil info dari sheikh google , boleh dan tidak salah. Tapi perlu disusuli dengan merujuk pada yang tahu. Selagi tidak terlepas dari ajaran islam, ia tidak menjadi masalah untuk di gunapakai.
Terdetik cerita begini dek kerana, zaman sekarang ramai kena tembak masa baw kereta.