Cuti , dan demam


Gua balik Melaka. Ingat nak cuti sakan. Nak jumpa member. Nak ajak ibu gua jalan-jalan. Nak ajak acik gua jalan-jalan.

Tapi sampai Melaka , gua terus demam. Demam, gua benci demam.

Pening gile kepala gua. Badan gua kejap panas kejap sejuk Seingat gua, hampir setahun gua tak demam. Last sekali gua kena , demam denggi. Gua ingat nak pecah rekod setahun tak demam.

Nasib ibu gua ada kat rumah. Ibu gua buatkan sup sayur. Siap bawa kat gua lagi. Rasa terharu gila beb. Dah lama kot tak rasa macam tu. Ibu kata," dulu masa ibu demam , arwah nenek selalu buatkan sup sayur macam ni."

Tutup cerita pasal demam.

Beb, lagi 27 hari gua nak kahwin. Cuak juga beb. Dalam perasaan cuak dan berdebar ni, rasa tak sabar pun ada.

Persiapan, gua tengok sebelah gua ni cam ok dah. Cuma barang hantaran ada yang tak beli lagi. Kene cepat cari ni. Pasal kad kahwin insya allah setel dah. Actually gua dan nono telah menghadapi penglaman yang dahsyat pasal kad kahwin. Memang banyak pengajaran pasal kad kahwin. Tapi, let by gone be by gone la kata orang jawa.

Selepas ni gua akan edarkan kad kahwin. So gua nak minta lu orang bagi alamat lu orang untuk gua poskan kad kahwin tu.

Gua nak jemput lu orang semua datang majlis perkahwinan gua. Tolong e-mail gua zulfikri.jalil@anm.gov.my. Ataupun nanti lu komen, bagi la alamat lu orang.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

23 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama