Menulis Bukan Kerna Nama

Khamis, 30 Disember 2010

Just Married

Selesai sudah kenduri di terengganu. 
 
Seperti yang di rancang gua telah di ijab kabulkan dengan Nur Hazwani binti Hashim pada 25-12-2010 di kg Tok Jiring. Alhamdulillah, berkat doa semua orang majlis yang murni ni dapat di jalankan dengan begitu sempurna. Lama gua tak muncul kat blogkan. Di sebabkan terlalu busy dengan majlis gua tak sempat nak update blog dan jalan-jalan kat blog-blog lain. 

So hari ni gua nak gerak balik Melaka. Majlis di Melaka akan berlangsung hari sabtu ni. Pada kengkawan semua, jom datang ke Majlis gua.

Gua tak sempat nak story macam-macam kat blog ni, so gua tempekkan beberapa gambar dari gua nikah hingga ke majlis persandingan gua.
 Gua nampak cool tak? Sekali lafaz beb..


Upacara membatalkan air sembahyang bini gua

 Let me kiss my darling

Najla anak along gua macam trak dapat terima kenyataan yang gua dah kahwin.

Ni gambar sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan. Semua makcik-makcik je yang berani amik gambar dengan gua. Pakcik-pakcik, menyorok beb.

Lain padang lain lalang. Kat terengganu tak ada tol. Sampai terus boleh naik.


Along tak suka gua senyum macam ni. Sebab dia kata macam senyum gatal. Gua rasa ok je gua senyum macam ni. Gigi pun nampak putih je.

Tu la serba sedikit di terengganu. Terima kasih gua ucapkan pada sanak-saudara dan rakan-rakan yang join sekali masa rombongan dari Melaka. Memang best. Jasa lu orang memang amat gua hargai. So, macam gua cakap , jom datang ke Majlis Persandingan gua di Melaka.

Gua rasa sebak sangat masa pak cik nono nak bacakan doa, sebab gua terbayang abah gua datang bacakan doa masa gua bersanding.

I really miss my 'abah'....
Share:

11 comments:

Wyne @ Mouren Mauve berkata...

Tahniah bro! Sy pasti abah u pasti tersenyum gembira heronya selamat berkahwin..

Ah, senyuman yang nampak gigi tu ok apa...hehe!

Hazzy Ishak berkata...

tahniah!!!

Mr feckry berkata...

wyne:ok ek nampak gigi

Mr feckry berkata...

hazzy:thanks

YanaMIB berkata...

tahniah babe! semoga hubungan kekal hingga ke syurga! ^_^

vidadarisakura berkata...

taniah...hee

StingRay berkata...

tahniah...


welkam to da club...

club sekali lafaz..

hahahha....

Syida Shukor berkata...

tahniaaah ! patutlah lama senyaaaap je :D

Anna Boleyn berkata...

tahniah bro....

lama gila kot tak dtg blog bro..

da jd hubbby org dah ek..

congrats again. semoga bahagia bersama isteri tersayang...

AyUT berkata...

aku terbayang2 abah di majlis kau ..dik.

MAHAGURU58 berkata...

Assalamualaikum! Selamat Pengantin Baru bro!

Apasal tak kasi tahu Uncle ha? Kalau dijemput atau dimaklumkan awal awal Uncle kan berusaha untuk hadir ke majlis Feckry!!!

Apa apa pun selamat berbahagia bersama isteri tercinta!

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati kalian berdua!

Amin! Ya Rabbal Alamin!