Last day jage abah kat hospital


Masuk malam tadi, dah 4 malam gua jaga abah kat hospital. Memang gua tak pernah jangka yang gua akan bermalam di hospital.

Bermalam di hospital membawa pelbagai pengalaman. Jumpa macam-macam orang, ragam dan perangai. Maklumlah, perangai orang sakit. Kiat ak boleh nak jangka. Ya la, siapa yang nak sakit kan. Macam abah gua yang kena stroke ni. Serius gua cakap, kalau gua kat tempat dia menagis je la gua agaknya. Tapi abah gua steady, sikit pun tak nangis. Rasanya ini paling teruk dugaan yang gua pernah tengok abah gua hadapi.

Setiap orang adah bahagian dia masing-masing. Mungkin kita tak kena sekarang, mungkin kita tak kena stroke macam abah gua, tapi kita mungkin akan di duga dengan cabaran yang berbeza. Cuma Allah yang maha mengetahui.

Melihat orang terlantar di atas katil, sambil menahan sakit dan menunggu masa pulih membuatkan gua rasa sangat yang kudrat kita ni semuanya adalah milik Allah. Semua yang kita ada cuma adalaha pinjaman dari-Nya. Kita tak ada apa-apa, meskipun sebutir habuk. Malah sakit pun adalah dari Allah untuk menduga hamba-Nya.

Pada gua ini adalah ilmu dan pengajaran untuk gua sebelum kahwin. Ilmu mengenal erti kehidupan yang sebenar. Supaya gua sedar, hidup ni ada banyak cabaran. Gua kena sabar, kena belajar redha dan tawakal pada Allah, dan paling penting adalah ilmu menjadi hamba, Hamba Allah.

Hari ni gua akan pulang ke Putrajaya. Hari berikutnya, ibu dan acik yang akan jaga abah. Memang berat gua nak chow dari Melaka meninggalkan abah gua yang masih terlantar di hospital. Rasanya mahu saja gua lepak di Melaka lagi. Gua terpaksa. Terpaksa blah tanpa redha. Sebab masih ada urusan yang harus gua selesaikan. Hanya doa gua saja yang mampu gua tinggal bersama. Harap, Abah akan kembali pulih.

Dalam dunia ni kita boleh buat apa saja, ya apa saja. Tapi harus di ingat, balasan Allah tetap menanti. Insya Allah.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

9 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Israel laknatullah

Band Rimba Bara

Dendang anak