Alhamdulillah..selesai segalanya


Rasa sangat terharu bila segala yang gua rancang jadi kenyataan, segala yang gua doa di makbulkan. Tuhan itu maha penyayang kan?

Majlis di Melaka selesai dengan sempurna seperti majlis di terengganu. Segala yang di rancang jadi kenyataan. Cuma plan untuk bawa abahku  ke majlis Melaka saja tidak kesampaian. Kerana abahku mengalami sesak nafas.

Ops, aku tidak menggunakan kata ganti gua untuk diriku di sini...(lupa agaknya)

Ramai yang perasan, aku mengalirkan air mata ketika di hari persandinganku di Melaka. Ya, memang benar. Aku rasa amat terharu dengan majlis itu. Bermula dengan persembahan silat, aku amat terharu dengan persembahan silat dari abangku sendiri. Ya la, dulu aku silat time dia kahwin. Kali ni dia pula yang silat. Rasa macam mimpi.

Melangkah di bawah walk way yang gempak tu, aku hampir menitiskan air mata, bila berjabat salam dengan sahabat-sahabat ku . Tak sangka mereka semua datang. Terima kasih aku ucapkan pada mereka. Inysaallah, lu orang kawen gua mesti datang.

Lepas kompang di palu, serta merta lagu always be there di mainkan. Aku rasa amat terharu ketika lirik Allahuakbar berkumandang. Rasanya tanpa kasih sayang Allah, aku tak mampu untuk ini semua. Besar sungguh kuasa Mu ya Allah.

Rasanya terlalu banyak ingin aku ceritakan tentang hari perkahwinan ku. Namun terasa macam panjang sangat pula. Tak mengapa la, aku simpan ia jadi kenangan.

Alhamdulillah segalanya selesai.

Okey, ni aku selitkan sikit gambar-gambar masa di majlis persandingan ku di Melaka. Ni semua gambar dari kakak aku punya kamera. Gambar dari kameramen upahan masih belum siap lagi.

Pelamin ku. Serius, tema ni ilhamnya dari mimpi aku.

 Masa mula berarak masuk dalam dewan.

Angah silat, sebelum angah ada lagi tiga orang pesilat. Semuanya caya-caya aku rasa. Macam nak silat sekali pun ada juga. Sebak gila aku rasa masa angah buka bunga Sendeng.
Melangkah ke pelamin
Mungkin ini bukti yang aku sebak masa berarak ke pelamin. Rasa amat terharu sampai hampir menitiskan air mata jantan.
Bersanding atas pelamin

Lepas majlis di dewan, aku dan juga isteriku bersama ibu dan ayah mertuaku bergegas ke hospital jasin. Ya dengan berpakian pengantin. Bayangkan la semua yang kat hospital tu pandang semacam. Mana pernah pengantin bersanding dalam hospital.

Tujuannya hanya satu, ingin berjumpa dengan abahku yang masih terlantar di hospital. Aku nampak abah hampir mengalirkan air matanya ketika melihat aku berjalan ke arahnya berpakaian begitu. Seumur hidup aku, tak pernah melihat abahku menitiskan air mata. Pada aku my father is a hero. 

Tapi hari itu aku melihat air matanya....
Inilah gambar aku berbaju pengantin bersama abah. Pada aku tiada gambar yang lebih cantik dari gambar ini. Ini la punca yang menyebabkan aku terlalu sebak di hari persandingan ku.

Benar, dalam dunia ni ada orang yang terima ujian lebih berat dari kami. Namun pada aku, ini adalah terlalu berat buat keluarga kami. Setiap ahli keluarga aku bagai di panah petir perasaannya melihat abah terlantar di atas katil. Kami terlalu mengharap  Allah memakbulkan doa kami untuk abah sembuh kembali.

Kadang-kadang aku terfikir yang aku dan keluarga aku masih belum bersedia untuk menerima ujian sebegini berat.

Pada tetamu yang hadir, sanak saudara, sahabat-sahabat , aku ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menghadiri majlis persandingan ku yang tak seberapa.

Buat keluargaku yang bertungkus lumus untuk jayakan majlis ini, aku ucapkan terlalu banyak terima kasih. Tanpa mereka mustahil ini semua terjadi. Terutama sekali buat ibuku Jariah bt Said. Dia adalah wanita yang terhebat pernah aku jumpa. Walaupun dalam keadaan hati yang sedih, walau dalam keadaan susah tanpa abah, tapi ibu tetap bekerja keras untuk majlis ini.Terima kasih ibu..

Buat keluarga baruku , terima kasih kerana sudi terima diriku untuk menjadi ahli keluarga. Jika ada salah dan silapku, tegurla aku. Terima kasih sangat aku ucapkan sebab beri aku peluang untuk menumpang kasih.

Fuh, agak sadist juga entry kali ni. Boleh la ye, aku pun lama tak posting kat blog. So tu yang aku tulis panjang sikit. Lately ni aku tak sempat nak blogwalking. Maklum la, korang pun pahamkan, aku baru kahwin. Banyak benda tak setel dan perlu di setelkan.

Dah, makin banyak pula mengarut. Gua chow dulu, doakan gua bahagia sehingga akhir hayat.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

21 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Israel laknatullah

Band Rimba Bara

Dendang anak