Kenapa ek, time khutbah je mesti tertido. Termasuk la gua tadi.
Terlelap beb.
Sebeluum ni gua agak payah untuk tertido time khutbah. Sebab, kebiasaannya gua tak akan makan tengah hari sebelum pi masjid. Tapi tadi, gua makan juga. Pasal opismate gua ajak. Before ni gua selalu kuar ngan bini gua. Kalau gua makan pun, gua akan pilih makanan yang tak akan buat gua ngantuk.
Tapi kan, kengkadang gua rasa antara faktor utama yang membuatkan adalah kualiti gaya penyampaian khutnah tu. Dah kalau khatib tu baca meleret-leret macam orang ngantuk, mau tidaknye makmumnya tertidur.
Khutbah punya pengisian dah cantik dah. Cuma gaya penyampaian je. Sebab tu gua amat memilih tempat untuk bersolat jumaat. Jauh sikit tak apa, biar beerti solat jumaat dan khutbah tu untuk gua. Biar khutbah tu bagi input dekat gua.
Kebiasaannya gua akan bersolat di surau al-munir. Khutbah dia terbaik.