Langkau ke kandungan utama

Die heart!


Hati..

Orang selalu cakap, hati ni umpama pantai yang berubah bila di pukul ombak. Gua teringat sesuatu yang ada la sikit pasal hati.

Mase tu gua goreng ikan, relaks je gua tengok isi-isinya di mamah minyak panas. Gua pun fikir. Kenapa la ikan ni boleh jadi masin. Ikan ni bukan ke selalu dalam laut yang masin. Masa gua mancing ikan laut dulu, saja gua colek rasa isi yang baru di kelah. Tak masin pun.

Tapi, bila ikan tu di gaul dengan garam, jadi masin pula isinya. Garam ni masin dia tak la hebat macam masinnya air laut tu. Tapi itu pula jadinya pada ikan.

Ikan hidup di laut yang masin bila rasa isinya tak masin, ikan mati di gaul garam yang masin akan masin isinya.

Itu la beza hidup dan yang mati. Sama la macam hati. Kalau hati kita ni hidup , datanglah apa jua halangan , godaan dan juga cabaran. Pasti akan kita jaya untuk atasinya. Namun kalau hati tu mati, senang gila nak pengaruh hati tu.

Macam mana hati boleh mati? Kang kalau lu gua kata lu pikir sendiri, tak baik pula. Hati akan mati bila kita jauh dengan tuhan.

Sebab kita adalah hamba Allah, bilakah kali terakhir luorang sebut Allah dalam hati dan fikiran? Jangan biarkan hati kita mati.

Ok tak tazkirah gua?

Ulasan

YanaMIB berkata…
terbaek tazkirah ko..wpn agak lmbt nk phm..tp bila bc smpi abes br paham..hehe~ =)
ardinihumaira berkata…
:)
tiap2 hari, wajib beristighfar
HonEyBuNNy berkata…
jom hidupkan hati kita...;-)

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…