Kita singkirkan Allah?


Tajuk ganaskan. Tapi cuba lu orang fikir..

Ada benar tak tajuk post gua. Dalam paper, jenayah macam-macam ada. Setiap hari ada kes jenayah, bayi dalam longkang, bayi mati bersemut, bapa rogol anak, anak bunuh bapa...macam-macam lagi. Makin hari makin parah. Sebab, senang je gua cakap, kita dah singkirkan Allah!

Hujung minggu lepas, gua dan bapa mertua gua pergi dengar ceramah Agama dari Ustaz Azmil Mustapha (ALi setan). Intipati dari cermah tu adalah, kita singkirkan Allah.

Ya, kita dah singkirkan Allah.

Kita ni dasar menumpang berlagak tuan. Menumpang di bumi Allah, tapi berlagak dunia ni kita punya. Kita kata kita hebat, sampai bila tanya ," bang duit datang dari mana? Duit kita cari la." Itu jawapanya. Padahal bukankah Allah yang bagi rezeki. Nampak, kita singkirkan Allah.

Naik kereta pergi ke sana ke mari, bila kat traffic light, lampu merah kita berhenti. Tapi bila  Allah suruh kita jauhi larangannya, kita berdesup main langgau je. Macam mana kita ni. Singkirkan Allah lagi.

Kalau nak cakap pasal undang-undang , rasa gua tak layak. Sebab gua bukan lowyer ataupun hakim, tapi kenapa kita tak letakkan hukum Allah adalah hukum no 1? Kenapa undang-undang british Lord Reid kafir yang kita letangkan no 1? Kita singkirkan ALLAh lagi kan?

Kita cakap anak dara melayu banyak yang lahirkan anak luar nikah sebab dorang tak guna kondom. Malah ade plak bijak pandai kata," kita supply kondom free supaya tak beranak". Pula tu ada pula yang bijak bistari buka sekolah untuk wanita  hamil luar nikah. Come on la, tak nak ke kita guna Ajaran Allah untuk tangani semua ni. Pengajian Islam dah lengkap untuk ajar semua ni. Elakkan pergaulan bebas. Aurat di jaga. Maka kuranglah tarikan maksiat. Itulah, pepatah melayukan ade cakap, sesat jalan balik ke pangkal jalan. Tapi what happen? Makin di ikut jalan yang sesat. Singkirkan Allah lagi kan?

Ini dari Ustaz Ali setan tu, kita guna kalendar masihi. Tahu tak lu orang every year yang kita sambut dan jerit Hepy New year sambil gedebam-gedebum tu adalah ulang tahun Nabi Isa a.s? Betul, Nabi Isa juga adalah nabi yang kita harus beriman selain 25 nabi dan rasul yang lain. Tapi camne sambutan yang kita buat? TV denga istiqamahnya membuat perayaan sepanjang hari untuk sambut new year. Tapi sambutan tahun baru Islam adekah kita sambut? Tengok kat tV memang la meriah. Tapi hakikatnya sekadar untuk cuti balik kampung je kan?

Kita singkirkan Allah dalam semua aspek life kita. Tak percaya, paling simple, paling simple la. Gua nak tanya, surat khabar dengan Al-quran, mana yang lu orang capai dulu setiap hari..



Tadi gua tengok clip bob lokman masuk pas. Gua perati ape yang die cakap. Bukan gua nak cakap, "betul juga ape yebob lokman cakap". Tapi sememangnya tersangatlah betul. Kita tak letakkan Allah no 1 dalam hidup. Sebagai contoh, dulu kita belajar sains dan biologi di Sekolah. Zaman gua la, zaman sekarang gua tak tahu, tak ada pula cikgu cakap, "semua ni adalah datang dari Allah, ini la tanda kebesaran Allah." Kita bangga dengan pencapaian yang kita dapat.

Geng, kita ni manusia biasa. Setakat tonggeng terbalik sembahyang tu biasa. Biasa je beb. Itu pun ada yang tak buat. Macam mana dengan tanggung jawab kita sebagai hamba. Cam ne ha? Agak-agak buat tak? Syurga neraka tu bukan cerita dongeng. Semua tu benar. Dunia ni hanya pinjaman je.

Gua? sama je macam lu orang. Tapi gua nak luahkan apa gua rasa, betul kata Ustaz Ali setan tu, gua, kita lu orang, semakin hari semakin singkirkan Allah..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

1 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Israel laknatullah

Band Rimba Bara