Pagi ni sarapan best


Lu orang breakfest ape tadi..

Beb, nono buatkan gua keteow ladna. Pepagi dah makan keteow ladna. Thanks la sayang. Memang sedap sekali. Gua lagi suka makan masakan nono dari makan makanan kat cafe tu.

Semalam gua tolong nono kupas bawang. Ala setakat kupas bawang je. Apa la sangat. Dulu masa gua remaja lagi, gua selalu tolong ibu kupas bawang dan potong cili kering. Bukan 2-3 biji, tapi seguni beb. Ibu gua dia jual rempah asam pedas, rempah rendang dan macam-macam rempah. Sebab tu banyak ingredient yang gua kene tolong kupas.

Serius, kupas bawang ni sape tak terror, comfirm la menangis punya. So, dulu gua akan pakai goggle sambil kupas bawang. Pedih juga, kalau pedih lagi, gua akan kunyah suwing gump. Mesti tak pedih.

Tapi semalam, gua cari sewing gump tak jumpa. Nono kata." by, cocok je bawang kat hujung pisau tu. Nanti tak pedih.." Mujarab juga petua tu.

Tapi ape kaitan ek, cocok bawang kat hujung pisau tu berjaya buat gua hilang pedih mata masa kupas bawang?
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

5 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Israel laknatullah

Band Rimba Bara