Langkau ke kandungan utama

Brukband yang memang beruk


Ingat tak gua cakap pasal bil maxis gua hari tu.

Kalau tak ingat ni link post entry gua. Click je ayat ni.

Kali ni bende yang sama juga. Gua tetap kena charge pasal termination penalty berukband tu. Siap gua punya line kena bar pasal tak bayar. Memang bengang betul . Hari tu masa gua call maxis center, dia kate 200 tu akan di tolak masa bil bulan ni. tapi alih-alih dia bar line gua pasal tak bayar.

Gua call balik, dia boleh cakap dia tak jumpa pun transaksi yang kate nak deduct penalty charge rm 200 tu. Memang dasar lidah bercabang  la dorang ni.

Bini gua call pula brodband hotline, dia kata gua memang sepatutnya kena bayar penalty charge sebab terminate sebelum tamat tempoh kontrak.

Ade ke patut? Masa promote, gua ingat lagi ayat promoter tu," abg punya kontrak ade lagi ni, tak pe kalau abg subscribe kontrak baru , masa terminate nanti abang tak akan dikenakan penalty charge."

Masa gua terminte, gua comfirmkan balik kat mamat yang jage kaunter kat maxis center kat mid vally tu. Dia kata memang tak kena charge.  Ni sekarang ni ape cerita?

Memang panas la hati gua...! Dah la berukband slow...mana tahan beb, every month gua bayar 2 hingga ke 300 pasal salah charge ni...

Ulasan

fairuz berkata…
berukband mmg pentipu laaa. HAHAHA. gune lah streamyx! *promoter tibe2
HonEyBuNNy berkata…
aahhh....berukband mmg sakit jiwa....geram kan bila dia slow melow...kadang2 celcom pun cm tu gak...
Mr feckry berkata…
fairuz:tula pasal, gua akan adakan meeting dengan bini gua nanti
Mr feckry berkata…
honey:celcom dengan maxis, 2dua gua dah pakai. same je
lassiegewdix berkata…
mak aihh 2-300 ?
baik pakai streamyx .
lagi syokkk !
Tanpa Nama berkata…
POST JE BYK2 PSL MAXIS NI KT BLOG NGAN FB...DASAR PENIPU!!!
Redbloodsnow berkata…
try gune celcom. so far aku gune ok je. takde masalah. kekdg depends dgn tempat kot

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…