Masa muda..
Semuanya kuat, semuanya larat, semuanya mampu . Kuat , hensom...confident level pun tinggi, awek tengok pun cair, semuanya boleh la, senang cakap. Kengkadang bila kita berjaya dalam apa yang kita capai, kita bangga dengan pencapaian kita, dan kengkadang kita lupa dari mana ia datang.
Dan kita lupa ke mana ia akan kembali..
Dua bulan abah gua kena stroke. Dalam dua bulan ni la gua selalu sangat mimpi abah gua. Gua tak dapat jaga abah gua sangat. Tapi sedikit sebanyak dapat juga gua rasa menjaga dia kalau gua balik kampung.
Tengok keadaan abah gua, gua pasti akan termenung. Betul kata acik gua, abah dah berubah 100%. Setiap kali gua teringat abah gua, gua pasti akan teringat akan ayat ini," adik, rajin balik ye tolong abah. Abah tak sihat.. Kalau dulu abah kuat tak apa.."
Rasa air mata nak berlinang bila gua dengar ayat tu. Dan itu ayat terakhir dan pesan abah yang last pada gua sebelum gua blah ari tu.
Pada gua abah gua kuat. Ya abah gua kuat. Kengkadang gua jeles tengok orang tu yang berumur 70 tahun ke atas berjoging. Sebab gua terbayang abah gua sedang berkebun.
Hari tu ibu gua cakap, abah nak jual kebun. Gua rasa sedih. Sebab, abah seolah mahu melepaskan perkara yang paling dia suka. Kebun itu abah sayang. Banyak sangat kenangan. Abah gua nak jual sebab abah tak larat dah nak jaga. Rasa sayu je hati gua kenang perkara tu. Kenapa gua tak boleh jadi macam abah.
Stroke. Lu ambil segalanya dari abah gua. Gua benci lu. Kenapa lu datang singgah kat abah gua ha? Allahuakabar. Allah maha mengetahui.
Setiap yang kita ada itu milik Allah. Kita boleh bangga akan kemampuan kita. Tapi jangan lupa ia adalah milik Allah. Setiap yang kita ada pasti akan di ambil semula. Tiada yang kekal dan abadi. Waima nyawa sekali pun.
Sama macam gua. Gua tahu satu hari nanti gua akan lalui apa yang abah gua lalu sekarang. Ya, sekarang ni gua kuat. Boleh angkat besi berat2. Boleh buat itu ini. Tapi satu hari nanti semua akan hilang dari gua.
Hujung minggu ni gua akan balik ke Melaka. Gua nak bawa abah gua pergi makan ikan bakar. Gua nak spend habis-habisan, gelak ketawa dengan dia.
Rasanya gua dah terlalu melalut, emosi entry kali ni...