Menulis Bukan Kerna Nama

Jumaat, 4 Mac 2011

the arrivals-6


Lama dah gua tak letak clip teh arrival ni.

Mesti lu orang ingat gua dah lupa atau buat kerja separuh jalan. No, biasala kita insan, maka idea kurang. Pastu clip ni panas sikit . Yahudi kat sana tu dah mula pandang tentang kewujudan clip ni.

Jap sebelum  tu gua nak tunjuk ni...



Apa pendapat lu orang. Yang rm 1 tu gua jumpa kat blog ohtidak.com. Tengok kat link bawah ni

http://www.ohtidak.com/oh-lambang-segitiga-dan-mata-illuminati-pada-design-rm1/

Yang dollar tu, gua amik dari google. Tu senang sikit. So macam mana. Kebetulan? Hampir 99% ulasan orang yang tengok benda ni akan cakap kebetulan. Ye ke?

Gua tanya 1 la, lu orang lahir sebagai agama Islam, budha , kristian, hindu tu adakah secara kebetulan? Jawab sendiri..

Bagi yang islam, percaya akan kita Allah kan, dalam kita al-quran ada pelbagai yang tersurat dan tersirat. Malah kewujudan kitab tu bukan atas dasar kebetulan. Semuanya bersebab. Kenapa dan mengapa. Cuma kita saja yang tidak tahu sebab kita tidak mengkaji.(Tapi yahudi dan orang kafir lain kaji)

Pandang la diri kita..pandang betul...kita ni ke mana lepas hembuskan nafas yang terakhir...?

Clip the arrivall ni memang boring..sama macam al-quran, bosan kalau baca. Tapi kalau hati kita letak kat Al-quran baca dengan ikhlas, pasti keseronakkannya melebihi segalanya. Jadi, cuba teliti dan ihklas cari apa yang tersirat kat clip tu..

Sebelum gua full stop kat post entry ni , mari kita baca mutiara ilmu ni..

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).

H.R Ibnu Majah

Assalamualaikum..
Share:

5 comments:

misz molecule berkata...

gua dah layan smue vdeo clip the arrival..





& sambungan2nya sekali..












memang buat gua jawab..















owwwwwwwww......aishkk..

Edy Zaidi berkata...

menarik the arrivals ni

Fida Faizal berkata...

kebetulan ke apa ni ya ?

powluck berkata...

salam kenal..

IntanBerlian berkata...

hm tak perasan semua tu.