Menulis Bukan Kerna Nama

Selasa, 6 September 2011

Air mata syawal

Beb, 1st wa cakap bukan air mata wa yang meleleh di pagi syawal ek.

Ni citer pasal lagu raya yang bertajuk air mata syawal ek yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Sumpah tak la minat bebenor mak cik ni. Tapi tetiba je wa bole feel dengar lagu ni. Lagu mulenya nono yang nyanyi kat gua. Cam saje je nak kasih wa sadist beraya di perantauan hari tu, tapi jiwa wa kental.

Mana wa pegi mesti ade lagu ni. Kat pasaraya ke, kat bazar ke , kat dalam kete wa rase berjuta kali gak la radio main lagu ni. Sampai wa pun minat pula. Ni sambil menaip sambil dengar lagu ni la.

Memang sayu betul la lagu ni. Meh dengar sikit lagu ni.


Layan beb lagu ni. May be memang sayu bila jadi perantau dengar lagu ni sambil mencicah lemang dengan kurma ayam.

Gua rasa tak puas la cuti raya. Ye la biasanya tahun2 sudah, beraya sampai seminggu. Ni raya ke 6 dah kat putrajaya. Kan best gua dapat cuti dua minggu. Seminggu rumah mertua, seminggu rumah ibu abah gua. Pengalaman pertama kali beraya di rumah mertua memang best. Mak mertua gua masakkan gua kurma. Pastu bapa mertua gua sanggup pergi carikan lemang untuk menantu bongsu die ni.

Takut gua kempunan. Pastu adik beradik gua pula beli lemang bebanyak. Cam tahu2 je yang gua ni hantu lemang. Gua rasa , kat terengganu sehari sebatang lemang wa tokak.

my father in law..
Terasa kecik je wa berdiri sebelah bapa mertua gua. Terkenang time wa ikut die pi surau berteraweh. Katanya masa malam akhir ramadhan hari tu," habis dah ramadhan tahun, semoga panjang umur tahun depan jumpa lagi dengan ramadhan."

My abah is a hero..
The old man who is my hero...

Wa harap tahun depan wa masih boleh memimpin tangan abah naik tangga surau untuk berteraweh. Betul kata orang , ibu bapa ni mutiara naga...opss bukan mutiara hati.

Kat melaka ibu anyam ketupat . Pastu buatkan gua kurma ayam. Seorang ibu memang sungguh arif dengan makanan peveret anaknya.

Raya, betul la kata para ulama' . Ia untuk meraikan kemenangan kita di dalam perang ramadhan. Sebab tu kita akan rasa, heppy, sayu, bahagia bila menyambutnya. Ini la salah satu kelebihan Islam. Perayaan yang benar-benar memberi rasa kemenangan untuk umatnya.

Gua belum puas beraya lagi ni. Episod open akan di buka pula lepas ni...
Share:

2 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

sayang cik siti sudah berpunya...salam raya ..maaf zahir batin dari gua

ayaa alyy berkata...

my dad is my hero too :)


selamat hari raya :D