Langkau ke kandungan utama

La, kejapnye...kejap sangat gua rasa..

Kejap beb masa berlalu.

Pejam celik dah nak hujung tahun dah. Tahun ni pada gua best. 1st year life hidup berkeluarga. Pastu wa pula makin syok study . Sukan pun wa rasa cam best je tahun ni. Bola main, sampai final. Tarik tali pun main game yang besar-besar.

Bulan ni pula wa ade satu lagi game tarik tali yang grand. So, rasanya tahun adalah sangat menarik pada gua.

Orang selalu tanya, camne life berkeluarga. Gua rasa cool beb. Buat semua berjemaah. Kan cool je tu. Termasuk la demam.

Sekang ni wa dengan nono cam pas button plak dalam kes demam ni. Gua baik demam, die plak demam. Die nak baik demam gua pula dah start selsema. Haiyo, mana wa nak campak virus ni. Sok pepagi wa nak gerak naik motor ke melaka. Hopefully semuanya ok la.

Wa dah jarang update. Biasa la, bila bz, camner nak update. Pastu, tune wa punya post pun cam dah lari sikit. Konon cam nampak matang sikit la.

Mana taknya, kang kalau wa tulis ngarut kang, orang komen  wa ni dah kawen pun otak blues lagi.

Lantak la. Camne pun , blogger yang ade blog, pasti akan menulis kat blognya juga.

Kengkadang wa pikir, cam tak caya je umur wa nak masuk 27. Dulu wa tengok orang umur 27, wa rase dorang dah otai dah. Tapi bila wa kat tempat dorang wa rasa, alamak bestnya kalau wa umur 16. Mesti wa cute kan time tu.

Age just a number, kalau cute tu sampai tue pun cute juga.

Ok la, hidung wa ni asyik meleleh je, wa nak makan ubat la.

satu hari nanti wa akan tua
Sabda Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Usamah bin Syarik RA:


"Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah SWT tidak menciptakan penyakit kecuali diciptakan juga bersama ubatnya, melainkan satu penyakit saja iaitu penyakit tua."

Ulasan

Prasetyo berkata…
Nice blog posting. I'm just blogwalking and very interesting to stop here and read your post. I like this.

But, dont forget to give us your comment into my blog ya.

Thanks for share.
ILA HonEyBuNNy berkata…
chewahhh...

datang komen dengan otak matang gak neh...hehe...

biasa la..bila dah laki bini..sehati sejiwa la tu demam pun berjgkit..hehhe
Hizami Rahim berkata…
semua akan tua kalau panjang umur. :D
ok la demam berganti2.. sorang demam, sorang lg blh jaga.. lepas sembuh, jaga pulak org yg demam.. kan??

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…