Ahad, 11 Mac 2012

Sekejap di melaka


Ini abah gua..

Tuan-tuan, apa yang anda pandang pada abah saya.....?

Apa yang anda pandang. Itu hak anda, apa yang anda kata, terpulang pada apa yang anda rasa. Tapi jika di tanya apa pandangan gua pada Abah gua?

Orang tua ini nampak selekeh dan tidak kemas. Orang tua yang selekeh dan tak kemas ini lah yang ajar gua cara solat dengan betul. Orang tua ini lah yang ajar gua kenal huruf dalam al-quran. Untuk apa dia ajar gua. Bukan untuk die dapat apa-apa pun. Tak dapat ape pun, cuma dia nak gua jadi umat islam.

Lately ni abah selalu minta wa baca yassin untuk abah. Abah pernah cakap sebelum die kena sawan hari tu, die suka gua baca yassin kat die. Die rasa tenang plus sedap. Gua tak jawab apa-apa, tapi dalam hati wa kate, " abah, adik pandai baca yassin ni sebab abah. Di sebabkan itu abah berhak minta adik bacakan yasiin untuk abah bile-bile je abah suke."

Ya Allah, semakin hari makin uzur gua tengok abah gua...

1 ulasan:

kechixx berkata...

semoga dia sihat selalu..;)