Sabtu, 18 Ogos 2012

Semoga ketemu lagi wahai Bulan yang mulia

rindu betul ketupat ibu gua
Ramadhan akan berlabuh lagi beberapa minit je lagi.

Sangat bermakna ramadhan pad gua kali ni. Alhamdulillah, gua rasa banyak sangat nikmat yang tuhan bagi time puasa. Paling best nikmat terima cahaya mata yang pertama. Banyak cerita . Mestilah pengalaman pertama. Nanti-nanti la gua huraikan.

Semoga Allah temukan gua dengan ramadhan yang akan datang. Hari raya tahun ni amat simple pada gua. Mungkin lebih pada anak gua yang pertama ni. Tapi dalam hati gua rasa betul hari raya kali ni adalah hari kemenangan besar dalam hidup gua.

Gua wish kat semua family dan member-member, selamat hari raya. Maaf Zahir batin. Insyaallah jika diizinkan Allah gua akan beraya dengan lu orang.

Teringat tazkirah bab Takwa yang di sampaikan oleh ustaz Don, Rasulullah s.a.w ada sebut, antara malam doa di makbulkan adalah malam aidilfitri. Jom berdoa, moga Allah beri barakah.

Tiada ulasan: