Header Ads

Kenapa mesti berdoa

Ramai yang kata, ala doa je, tak usaha , mana jadi beb. Yang penting usaha. Tu ramai yang kata. Tapi apa kata Allah..?

“Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir: 60)

Daripada ayat di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa doa merupakan satu ibadah. Allah sendiri memerintahkan kepada kita agar sentiasa berdoa kepadaNya dan Allah akan perkenankan doa kita.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Salma RA, maksudnya:

“Tidak tertolak qada’ itu kecuali dengan doa, dan tidak bertambah umur kecuali dengan kebaikan.”

(Hadith riwayat at-Tarmizi [Kitab al-Qadr, no hadith 2139]. at-Tarmizi (1417H), h. 483)

Imam Ghazali menyebut di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin, “Bagaimana doa boleh mengubah qada’ sedangkan qada’ sudah ditetapkan dan tidak boleh ditolak lagi? Ketahuilah sesungguhnya antara qada’ Allah itu sendiri adalah menolak bala dengan berdoa.”

“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah SWT akan berfirman: ‘Demi kemuliaanKu, Aku akan menolongmu….”

(Riwayat at-Tarmizi no 3598, Bab Doa, Ibnu Majah no 1752, Bab Puasa)

Jom kita sama-sama angkat tangan, doa pada Allah, semoga Allah beri kita kekuatan untuk usaha..

2 ulasan

AcikTanpaNama berkata...

InsyaAllah. Kata seorang sahabat..berdoalah..walaupun makbul itu seolah jauh, seolah takkan mungkin berlaku. tetapi janji Allah itu pasti. DIA sentiasa ..setiap saat mendengar, akan beri yang terbaik untuk hambaNya, kerana sifat Maha Penyayang nya yang amat-amat hebat..tak terbanding..tak tergambar.

tiafazunia berkata...

mama tia ckp, kalau malasss sgt nak berdoa pon, at leastt nak buat apa2 setakat bismillah pon dah okay. tp sememangnya doa itu lagi bagus! :)