Dalam badan manusia ade seketul daging..namanya hati..

Kengkadang kita menulis dalam blog, bukan untuk orang baca.

Tapi sekadar nak cakap ape rasa hati ni. Yup hati. Selalu berkata-kata. Even dalam solat pun kita berucap bacaan solat, tapi hati kita, seolah sedang berlari ke langit.

Kata Ustaz Ismail kamus," hati ni bila badan kita bergerak, die diam. Tapi bila kita diam, hati kita ni bergerak. "

Perasan juga aku pasal hal tu.

Sekarang ni menulis dalam blog leboh privacy, sebab tak ramai yang suka baca blog. Semua beralih pada facebook. Tetambah dah ada zaman wassap ni.

Pagi ni aku berlari. Berlari nak cergaskan akal dan fizikal. Dalam kepala pikir pasal umrah. Aku mahu berlatih macam uwais al-qarni. Aku tahu, aku tak mampu jadi macam dia yang sanggup dukung ibunya dari rumah ke masjidl haram.

Namun aku harap sangat Allah beri kekuatan dengan berkat untuk aku membantu keluarga aku supaya kami semua merasakan umrah ini umrah yang teristimewa buat mereka.

Ibu dan abah, belum tentu mereka akan ke sana lagi lepas ini. Jadi biarlah mereka melihat kaabah dan ziarah rasulullah dengan rasa sangat gembiira ..


Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Abah cakap..

Flasher bodoh!

Komik Hong Kong