Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jangan lupa an-nisa 64



Bermula dari beberapa hari sebelum ni, perbualan dengan nono pasti ada cerita pasal mekah. Tv al-hijrah sebelum azan, selalu ada live dari masjidil haram. Mesti rasa nak tengok. Nak tau keadaan macam mana kat sana.

Yup, inysaallah dengan izin Allah kami sekeluarga akan buat umrah dalam bulan 12 ni. Dah dekat dah. Perasaan tak sabar dan teruja memang sentiasa bermain. Tapi kursus tak pergi lagi ni. Cadang nak pergi hujung minggu ni. Mekah, kaabah, madinah, maqam nabi..semuanya bermain di minda. Semoga semuanya dapat berkat Allah.

Memang tak lari antara yang main dalam mindaku, macam mana nak jaga ibu abah, isteri yang sedang mengandung, anak kecik lagi. Memang benda bermain dalam minda aku. Cerita Uwais Al-Qarni menjadi sumber inspirasi. Semoga Allah beri cekal dan gembira bantu dan jaga mereka. Keluh tu, mohon Allah lupakan perasaan tu di sana.

Allah..kau la tempat aku nak ngadu benda ni semua.

Memang tak mampu, tapi kau ilhamkan aku cerita yang boleh aku jadikan inspirasi. Aku ada kau aje di sana ya Allah.

Satu perkara yang aku harap sanga tidak lupa, adalah membaca ayat 64 surah an-nisa'

A064
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Aku dapat pengajaran ayat ni dari ustaz don. Bila dengar je, terus rasa Ya Allah , aku nak buat perkara ni bila sampai sana nanti inysaallah..


0 buah fikiran!!!: