Aku mula rasa diri ni jauh pada DIA..jauh. Saban hari aku melayari hidup dengan keenakkan hakiki, membuat aku makin lupa untuk ucap terima kasih pada DIA.
Allah...
Dia betul-betul sebenar-benar kekasih, tempat mengadu..tempat minta, tapi bila senang Dia lah, tempat paling senang aku lupa. Makin jauh diri ini dengan DIA. Maafkan aku Allah, aku rindu pada-Mu. Dulu hampir setiap malam aku bangun , mengadu. Air mata jadi bukti atas segalnaya. Bila KAU bagi segalanya, aku lupa untuk ucap terima kasih pada-MU.
Makin jauh diri ini dengan KAU . Maafkan aku..detik ini, aku rasa rindu sangat suasana malam pengaduan ku pada KAU. Airmata yang tercurah kerana aduaan sangat pada KAU. Rindu.
Aku kena patah balik. Aku kena cari balik. Kalau dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh.
Wahai Allah, tolong aku untuk seperti dulu..tolong aku yang hina ini....