Mulut..
Dulu pepatah melayu ada cakap, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Allahurabbi, sebab tu pepatah arab pun ada cakap lidah lebih tajam dari mata pedang.
Kengkadang kita ingat kita cakap tu semua sedap di dengari oleh kita dan semua orang, tapi hati orang dan hati kita mana nak sama. Sapa tahu ada yang terguris dengan kata-kata kita. Mungkin ada yang tersakit hati bila mendengar percakapan kita.
Aku terbaca satu hadith tentang mulut,
Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketika saya dimi’rajkan, saya berjalan melalui suatu kaum yang mempunyai kuku-kuku dari tembaga yang dengan kuku-kuku tadi mereka menggaruk-garukkan muka serta dada-dada mereka sendiri. Saya bertanya: “Siapakah mereka itu, hai Jibril?” Jibril menjawab: “Itulah orang-orang yang makan daging sesama manusia -yakni mengumpat – dan menjatuhkan kehormatan mereka.” (Riwayat Abu Dawud)