Quality time


Hujung minggu yang best.. Cuti 5 hari. Dari cuti maulud, Xmess pastu campur hujung minggu. Pastu Isnin cuti jaga dorang . Sebab pengasuh cuti. Seronok duduk dengan dorang. Melayan telatah dorang. 

A'syah ..dah makin besar. Diam tak diam, minggu depan je nak masuk PASTI. Wa, sudah mahu 4 tahun dah umur dia. Makin bijak. Banyak cakap, pandai merajuk. Pandai meluahkan perasaan. Kira aku macam ada makwe pula kat rumah haha. Dalam hati risau juga. Camne la nanti minggu pertama sekolah. Mungkin seronok kot dengan kawan-kawan. Iyadh..fuh..lasak dah. Asyik nak memanjat je kerjanya. Kat rumah asyik panjat meja. Suka tiru gaya aku solat. Orang takbir, dia pun ikut sama takbir. Orang rukuk die dah sujud dah. Masalahnya di sujud depan aku. haha..

Ya Allah, indahnya loan yang kau bagi ni. Anak-anak, pinjaman Allah. Dia bagi kita , untuk kita mendapat untung di akhirat. 

Betul kata orang, anak-anak ni cuma ada 10 tahun je manja dengan mak ayah. Nanti dah sekolah, dorang ada kawan . Dah kurang dah manja dengan kita. So, aku kena hargai 10 tahun ni dengan dorang. Kena selalu manja dengan dorang. 

Semoga cita-cita aku nak tengok semua anak-anak aku jadi hufaz quran, Allah makbulkan.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Israel laknatullah

Band Rimba Bara

Dendang anak