Abah



Lama tak jumpa abah. 

Last, masa ramadhan. Kat melaka masa tu. Bila aku tengok muka abah, aku teringat melaka, teringat ibu. Yep, ibu dah tak ada. Aku masih punya abah. Jauh sudut hati aku nak sangat jaga abah aku. Umurnya dah tua , dan makin uzur. Angah jaga ok . InsyaAllah everything is ok.

Abah dah beli telefon baru. Lagi canggih dari telefon aku. Saja aku main telefon dia. Dia minta letak gambar ibu. Dia keluarkan beg sandangnya , ada album umrah kami. Dalam tu rupanya selain dari gambar kenangan umrah kami, dia masukkan juga gambar ibu masa muda. Rindu dia pada ibu.


Aku jumpa gambar ni. Gambar masa ibu muda. Tak ada wanita yang cantik macam ibu. Aku suka sangat tengok gambar ni. Dulu aku jarang tengok album or gambar ibu yang lama-lama. Bukan abah je yang rindu kat ibu. Semua anak-anaknya rindu kat ibu. Bagi kami adik beradik, raya tak bererti tanpa ibu. Abahj jadi tidak terurus sejak ibu. Tiada sebaik-baik peneman untuk seorang lelaki, selain istrinya sahaja. 

Bila aku lihat abah, aku risau yang aku akan jadi macam dia. Satu ketika dulu abah pada mata aku sangat hebat. Namun usia dan keuzurannya telah mamah kehebatannya.

Lumrah hidup, tiada yang kekal. Hanya Allah yang kekal. Nabi s.a.w pernah sebut , muda mu sebelum tua mu. Itu yang aku padandang abah dan life aku. Aku rasa makin takut dengan life yang akan datang. Aku tahu akan ada banyak cabaran dan dugaan yang Allah akan beri pada aku. Satu hari, aku pasti akan sakit, miskin sedih, dan susah. 

Moga aku akan terus istiqomah dalam mengadu dan bergantung pada Allah. Kalau aku leka, pasti aku akan tewas dan tergolong dalam golongan yang rugi.



Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Dendang anak

Israel laknatullah