Akibat keinginan yang tinggi..nafsu membuak-buak, bergejolak sana dan sini, aku teguhkan tekad untuk masak asam pedas sendiri.
Research and develop.
Aku kaji kaedah dan perincian ingridientnya . Kat internet banyak resepinya. Pelbagai variasi. Kalau boleh aku nak buat cam ibu buat dulu.Akhirnya aku decide guna perencah asam pedas adabi.
Maka tertulis la hari ni , mrfeckry masak asam pedas ayam yang pertama dalam hidupnya.
Research and develop.
Aku kaji kaedah dan perincian ingridientnya . Kat internet banyak resepinya. Pelbagai variasi. Kalau boleh aku nak buat cam ibu buat dulu.Akhirnya aku decide guna perencah asam pedas adabi.
Maka tertulis la hari ni , mrfeckry masak asam pedas ayam yang pertama dalam hidupnya.
Masak Asam Pedas Ayam
Bahan-bahan
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 batang serai (dititik)
Daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan
Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam. Gaul sebati.Tambahkan air secukupnya.
Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.
Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.
Nota
Kuah asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan.
Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam.