Nurul A'isyah Laila
Muhammad Iyadh Nurruddin
Muhammad Uwais Hafizzuddin
3 Permata, 3 Bintang hati. 3 Cahaya mata.
(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)
Ke mana akan aku pandu tiga bintang hati ini. Jauh disudut hati ini. Adakah mampu untuk aku jadi seperti ibu dan abah aku yang berjaya mendidik anak? Sedar tetap sedar, mereka ini aku yang akan pandu, dengan bantuan Allah. Mereka ini amanah Allah yang di beri pada aku. Dan aku kan di tanya di akhirat kelak tentang mereka.
Kalau tanya, apa impian aku tentang mereka nanti? Aku tidak mahu menetapkan hala tuju mereka. Cuma aku berharap mereka semua jadi hafiz quran. Biar apa yang mereka mahu jadi, hafiz quran syarat mereka. Ya Allah, teguh dan tetapkanlah matlamat ku ini. Sesungguhnya aku ini hamba yang sangat lemah. Aku tidak mampu untuk apa saja. Keinginan tetap keinginan, tetapi kudrat itu belum tentu dapat bergerak tanpa kau bantu ya Allah.
What you give you get back.
Selalu dengan words ni kan. Aku dalam secara sedar dan tidak sedar dah makin lupa akan words ni. Apa yang aku buat pada anak, anak akan buat pada aku. Apa yang aku buat, anak akan ikut. Ya Allah, aku perlu perbaiki hubungan aku dengan Allah, supaya anak-anak aku akan sesntiasa berhubung dengan Allah. Jika aku sayang mereka, aku kena buat demi mereka. Dan antara yang aku hampir lupa akan tentang nasihat Luqman al hakim.
Beberapa nasihat Luqman dalam mendidik anak, dirakamkan dengan jelas dalam satu surah, iaitu Surah Luqman. Antaranya:
Firman Allah (Surah Luqman, 13):
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."
FirmanNYA lagi (Surah Luqman, 17-18):
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ
إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri
Wahai anak-anakku..aku tidak tahu samada akan satu hari nanti kamu akan lihat tulisan papamu ini atau tidak. Namun andai Allah takdirkan untuk kamu melihat tulisan ini, maka kamu ambil ia pesanan ku untuk kamu semua.
Wahai anak-anak ku,
Jadilah kamu berguna untuk agama. Sebab kita hidup untuk Agama, dan Agama yang menentukan hidup kita. Jika alpa dengan agama, maka kita sebenarnya sedang di dalam kancah kesusahan.
Wahai, anak-anak ku,
Jadikanlah Allah itu segalannya buat kamu. Dia teman, tempat mengadu rayu, tempat melahirkan rasa kegembiraan. Kerana Allah sahaja yang memahami diri kita. Tiada yang sembunyi dari pengetahuan Allah. Jika susah, cari Allah. Jika gembira cari Allah.
Wahai, anak-anak ku,
Maafkan papa kalau kamu sedang berada di dalam kegagalan. Kerana kecuaian papa dalam mendidik kamu, kamu semua amanah yang Allah beri pada papa. Dan apa yang terjadi pada kamu, papa akan disoal di hadapan Allah kelak. Hidup di dunia ini banyak cabaran dan ujian. Kerna itulah tujuan kita di jadikan. Panduan kita Al-quran dan sunnah. Pegang ia wahai anak-anak ku. Pasti akan berjaya.
Wahai, anak-anak ku,
Jika kamu membaca tulisan ini dan kamu masih belum menamatkan hafazan 30 juzuk al-quran, papa minta maaf.
Kerna itu silap papa.