Alhamdulillah..semester kali ini Allah makbulkab doa aku dan orang-orang yang mendoakan aku. Bila lihat perkataan Dean List pada slip keputusan exam seméster kedua aku, rasa syukur yang amat. Dalam kepala terfikir, alangkah baiknya aku dapat tunjuk result ini pada ibu.
Seumur hayat, aku tidak pernah tunjukkan kecemerlangan aku dalam akademik. Ibu , tidak pernah aku lihat menitiskan air mata kerana aku cemerlang dalam pelajaran. Ya, tidak pernah. Bila aku pegang slip keputusan aku tadi, orang pertama yang aku tunjuk adalah isteri aku. Sebab dia adalah satu-satunya wanita yang paling aku sayang setelah ibu.
Aku merasakan betapa diri ini sangat rugi sekali sebab benda ini tidak dapat dikongsi dengan ibu. Allah, aku pasti kau telah memberitahu ibu ku yang aku dapat anugerah dekan seméster ini. Dalam hati kuat aku berkata, ah..walaupun result ini tidak dapat gembirakan inu di dunia, insyaallah di akhirat ibu gembira
Syukur pada Allah. Setiap ketentuan-Nya pasti ada hikmah. Semoga aku terus istiqomah dalam jalan fisabilillah ini.
Esok kelas bermula. Dengan lafaz bismillah...