Fitrah manusia, mengharap dan memerlukan. Kepada siapa yang mahu ditagihnya. Andai ditagih pada manusia juga, apa lah sangat yang boleh diberikan. Maha pencipta lah tempat yang layak untuk dirayu. Dia faham kita. Tapi kita yang seoalah-olah lupa pada dia.
Aku?
Macam tulah. Bila susah baru ingat Allah. Terasa betul air mata ini lama sangat tidak mengalir kerana menginsafi diri sendiri. Makin banyak Allah uji, makin aku ke arah bisikan syaitan. Apa nak buat, kadang-kadang jiwa ini buntu. Selalu sangat aku merasakan diri ini tidak layak seperti dipandang. Dan aku rasa rimas dalam kelemasan itu.
Ya Allah, kau beri aku banyak nikmat. Namun aku sering melupakan-Mu. Dan dalam aku melupakan-Mu, kau sedarkan aku dengan rahmat. Tapi dalam menikmati rahmat-Mu itu, rupanya aku kembali lalai.