Menulis Bukan Kerna Nama

Khamis, 19 Julai 2007

Tolonglah!!



Hari ini aku terkejut dengan berita atas pemecatan Norizan sebagai jurulatih kebangsaan. Aku memang dah jangka yang norizan akan di pecat, tetapi bukan di pecat sebelum sepak mula Malaysia dengan Iran. Ini pertama kali berlaku dalam sejarah 50 tahun bola sepak Malaysia. Kenapa sampai macam tu punya kejam FAM( Football Association Malaysia)?

Bukan begitu cara nak buang atau nak pecat orang. Manakah Norizan hendak letak muka? Terfikirkah mereka yang memecat Norizan itu akan tanggapan orang luar terhadapnya. Memang tidak patut dia diperlakukan begitu. Orang pasti akan menganggap Norizan telah menconting arang di muka Malaysia.

Hal ini berlaku, FAM harus di persalahkan. Pengurusan yang tidak cekap daripada pasukan negeri hinggalah ke pasukan kebangsaan. Kita sudah merdeka 50 tahun, tetapi adalah sungguh tidak relavan masalah tunggakan gaji pemain masih lagi berlaku di peringkat negeri. Adakah kerajaan Malaysia sengaja menganiaya pemain bola atau ada talam bermuka dua yang mengaut untung dari kesusahan orang lain.

TOLONGLAH! ORANG MALAYSIA SUKAKAN BOLASEPAK!

Share:

1 comments:

designer joeputra berkata...

betul tu dek..kawan angah main melaka dapat gaji besar..seribu sebulan..kalah kena potong gaji...tapi tarikh bayar gaji tak tentu..kejap awal bula..kejap ujung bulan..kekadang tiga bulan sekali...