This story of the..

1985-2004

Satu petang lepak kedai minum nescafe tarik depan MFI,

"Yong, ko kenal tak awek tu? tanya fabb kat aku.

"Mau tak kenal, kawan baik aku tu. Fadzilah."jawabku.

Fabb terpandang kelibat Fadz ketika girl tu tengah beli nasi lemak ayam rempah kat kedai botak. Kebetulan fadz tu memang kawan sekelas aku.

Fab menyatakan pada ku yang dia mahu berkenalan dengan Fadz. Aku pun bagi je no telefon aweks tu pada fabb, kebetulan yang fabb masa tu memang dah solo. Tapi nak dijaikan cerita sebenarnya aku rapat dengan Fadz on that time lebih dari seorang kawan. So aku pun foward no fadz kat fabb untuk digunakan dengan sebijak mungkin

Dua hari lepas tu,

Aku dapat mesej ," Yong turun bawah jap. Fadz nak jumpa la."

Mesej dari Fadz.

Aku turun dengan berkain pelekat dan berbaju pagoda. Bajet macam ada unsur kesufian la. Nampak Fadz tengah duduk sambil tengok TV kat student hall.

"Pehal fadz ko nak jumpa aku?" tanya aku dengan cool sambil layan tv tapi tak tau cerita apa.

"Fabb, dia mesej aku. Aku memang kenal dia, sebab fabb dulu satu sekolah dengan aku. Dia cakap dia dapat no dari kau Yong," kata-kata yang macam leteran dari fadz.

Aku mengangguk saja. Kemudian aku mengisyaratkan supaya Fadz meneruskan cerita.

"Fabb, ajak jumpa. Boleh tak," tanya fadz pada ku.

"La apa plak tak boleh, pergila. Itu pun nak minta permission aku.Member ko juga pun," jawabku .

Aku faham masa tu dia serbe salah. Sebab mungkin masa tu ada monyet sedang bergayut dalam hati dia. Monyet bergayut?

So nak di jadikan cerita malam tu aku pergi makan kat warung botak macam hari-hari biasa aku.Sekali terpandang Fabb dan fadz duduk dalam keadaan yang agak mesra . Fabb panggil aku,"yong meh minum sini."

"Eh takpelah aku minum dengan member aku,"jawab ku.

Aku menjamah nasi lemak yang aku rasa tak berapa best hari tu. Aku fikir, kenapa la aku rasa cam tak best je bila tengok dorang mesra. Padahal aku yang bagi dorang jumpa dan akuyang mengaturkan pertemuan dorang. Ish pelik la perasaan aku ni.

Malam tu, fadz call aku, dia tanya aku satu soalan yang aku rasa baik tak payah tanya. "Yong, fab nak serius dengan aku la. Kau macam mana?"

Soalan tu aku malas nak jawab tapi aku kata," ko ni tu pun ko nak tanya aku. Layan je la. Dia ok la, member baik aku tu."

Jawapan tu simple je bagi aku. Konon macam aku meredhai kisah dorang . Tapi seminggu lepas tu, aku memutuskan hubungan kawan aku dengan Fabb. Fabb tanya aku kenapa, tapi aku tak bagi tau. Cuma aku masa tu cam bodoh je buat benda tu.

Ramai yang terkejut aku buat macam tu. Aku rasa lama juga aku tak bertegur sapa. Aku cuma menerangkan kedudukan sebenar cerita tu pada fadz. Masa tu aku berharap yang fadz akan story benda tu pada fabb. Ui bodohnya aku masa tu. Pasal pompuan boleh putus kawan.

Next raya, aku dah lupa macam mana aku boleh baik dengan fabb, tapi setahu aku dan seingat aku kitorang baik dah masa tu. Dan cerita aku menolak motor dengan fabb di highway pedas linggi macam nak gila mencari kedai otor pun aku dah hampir lupa.

Bukan tak ingat, tapi nak recall balik memory tu agak susah sikit. Tapi aku ada kenangan tu. Rasanya kenangan tu antara penyebab aku baik balik dengan fabb.

16-12-2009

Tarikh hari ni. Cuma aku nak sedekah al-fatiha kat Syed khalid bin Syed Hussein. Semoga rohnya ditempatkan ke dalam jannah.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

3 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong