Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khatam Quran






Dari Ibnu Abbas, ia berkata: "Rasulullah SAW adalah orang yang paling murah hati, lebih-lebih ketika bertemu Jibril di bulan Ramadhan. Beliau bertemu Jibril pada pada setiap malam bulan Ramadhan untuk tadarus Al-Qur'an. Maka sifat murah hati Rasulullah melebihi hembusan angin."

Pejam celik pejam, pejam celik dah 23 ramdhan . Seperti yang di rancang majlis khatam quran surau al mizan berlangsung pada malam tu, malam 24 ramadhan. Kali rasanya penyertaan yang paling meriah dan ramai antara muslim dan muslimat. Semuanya seramai 60 orang plus plus.

Tadarus kali lebih bergaya lagi sebab , kami di ketuai oleh imam-imam terawih yang hafiz quran. Jadi qualiti bacaan peserta tadarus pun, menampakkan peningkatan yang sangat baik. Tahniah  !

Setiap tahun, aku join . Tapi tahun ni majlis khatam quran rasa macam majlis graduasi pula. Lawak je rasanya. Seronok tadarus tahun. Banyak ilmu quran yang dapat aku belajar tahun ni . Semoga tahun depan Allah beri lagi peluang ni. Geng-geng yang join tadarus ni, boleh aku katakan gila quran. Kengkadang kami habis baca sampai pukul 1 pagi. Hebat. Walaupun mata dah nampak bantal je, tapi semua berusaha membaca dengan sebaik mungkin.

Dan yang paling manis, tahun ni, tadarus juga disertai oleh guru quran aku, Ust Abd Rashid. Banyak jasa dia pada aku. Dari yang merangkak baca , sekarang baca dah tak kelam kabut. Sepanjang bulan ramadhan kali ni kami bertadarus bersama.

Semoga jumpa lagi di halaqah tadarus tahun depan , syukur pada Allah, atas peluang indah ini.

Kenang-kenangan bersama guru quran ku Ust Ab. Rashid

Para imam teraweh yang lead tadarus
                                             



0 buah fikiran!!!: