Menulis Bukan Kerna Nama

Isnin, 1 Oktober 2007

raya dah dekat


Lagi sepuluh hari umat islam sambut raya. Bagi golongan muda macam aku ni dah sibuk nak beli baju raya. Tapi aku malas nak fikir benda-benda macam tu. Apa yang aku fikir adalah sepuluh malam terakhir. Lailatulqadar dah bersedia datang, tapi aku ni, dah sedia ataupun layakkah untuk jumpa dengannya. Barisan lampu pelita meriah di kampung-kampung. Tapi di tempat aku dah jarang dapat lihat benda-benda macam tu. Raya dulu lain, raya sekarang pun lain. Aku masih teringat lagi senario bermain bunga api bersama dik beradik aku. Zaman sekarang pihak kerajaan dah mengharamkan mercun dan bunga api. Sedihkan..


Banyak perkara yang menarik di bulan ramdhan dah semakin hilang. Sama jugalah dengan raya. Dah macam sunyi. Kalau tanya orang dewasa, raya ni untuk budak-budak saja. Ada betulnya fakta tu. Aku sembang dengan kawan-kawan. Cerita macam-macam. Terbukalah cerita pasal sawit. Kawan aku ni, bapa dia usahakan sawit. Tapi secara komersial. Dia kata untung. Hasilnya hampir mencecah rm 500. Modal pula tak lah banyak sangat. Bawah Rm 50000 boleh buat dalam 20 ekar. Cuba bayangkan satu ekar boleh dapat satu tan. Setan rm 500. Kalau 20 ekar dapat hasilkan 20 tan, agak-agak berapa kita boleh dapat....
Cerita pasal tanam sawit tapi kalau tak tahu pasal pasaran pun tak guna juga. Aku cuba buka internet, buat research. Ada info yang mengatakan Sime darby( mainbord company) sedang menghasil teknologi sawit yang boleh menggantikan petrol. Nampak macam cerah masa depan sawit ni.

Teringat aku yang aku ada kebun sawit. Alangkah bagusnya aku boleh usahakan macam tu. Mungkin bila aku habis belajar aku buat.Kalau diizinkan...
Share:

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

buat je, yang penting gerak dan buat.

panjang langkah berkata...

angah sokong...alhamdulillah..makbul juga doa angah selama ni..syabazz dek...we all berbangga...kami akan beri galakan..