Menulis Bukan Kerna Nama

Selasa, 23 Oktober 2007

Raya-raya!!

Kenangan di hari raya. Perasaan raya tahun ni tak sama seperti masa aku beusia 8 tahun. Mungin sebab aku dah dewasa. Tapi keseronokan bersama ahli keluarga memang susah di jual beli. Seronok bersama ahli keluarga sendiri. Layan ibu masak, layan abah yang sentiasa letih berpuasa, layan acik yang sentiasa cari jaln nak lari dari tolong ibu...tapi raya memang dia tak boleh lari..kantoi juga...tapi raya kali ni rajin la..layan angah punya story..

Ada ke patut..ibu suroh pergi beli garam, kami pergi karaoke...alasannya angah pergi bayar zakat...

Di pagi raya yang sangat indah..tapi best sangat..

Abah tidak pernah lupa untuk membuat tahlil keluarga setiap pagi raya..

Inilah menu di pagi raya. aku paling minat lemang dengan kuar kuram. Best gila. Lemang ni kalau tak raya, memang susah nak dapat.


"Hakim, cakap kat moyang , moyang akim datang."kata ibuku yang selalu ingatkan aku untuk say hello kat arwah nenek aku. Tapi sekarang giliran cucu dia lah.

Ni lah adik beradik aku, tapi kurang satu. Along....sebab lambat cuti. Gambar ni masa kami di tanjung keling. Rumah Pak itam ( adik ibu ).

Haaaa...ni dia pembakar ayam yang abadi. Tahun ni aku bakar ayam dengan acik..

Ayam-ayam ku sedang di bakar enak. Kepada sesiapa yang inginkan khidmat pembakar ayam boleh la hubungi 06-994.

Inilah hasilnya ayam-ayam yang telah aku bakar...


Perkenalkan kerabat keturunan hang tuah yang baru..Najlah nama pendek. Nama panjang aku tak ingat.

Seribu macam kenangan hari raya kali ini. Mungkin kenangan ni aku tak dapat rasa untuk masa akan datang kalau tidak diizin tuhan. Cuma tahun ni aku tak sempat jumpa big sister
( kak filzah). Masa tidak mengizinkan. Kalau dia terbaca blog aku..Kak, selamat hari raya dan maaf zahir batin adik ucapkan. Raya ni pun aku tak sempat bermaafan dekat along. Along, selamat hari raya maaf zahir batin. Halalkan makan minum adik dengan along. Walaupun sesetengah orang rasa benda ni simple, tapi kalau raya akita tak dapat buat benda ni, bila lagilah yang kita boleh buat amalan murni ni.

Ramadhan berlalu syawal menjelma. Inilah ramadhan aku yang terakhir di kuala lumpur. Aku rasa sayu sangat. Tapi aku berpuas hati. Sebab ramadhan kali ini adalah yang amat bererti dalam hidupku. Aku akan rindukan ramadhan terakhir di kuala lumpur. Kenangan berpuasa untuk kali terakhir akan aku simpan sampai bila-bila.Harap-harap aku berjumpa lagi dengan ramadhan..

Selamat hari raya. maaf zahir batin..
Share:

5 comments:

HLiza berkata...

Kah kah kah kelakarlah pasal karaoke tu! Tak terfikirke nak berniaga ayam percik (kat Ipoh susah nak jumpa ayam percik stail Melaka)..lemang berlambak kat sini, anytime boleh jumpa dik!

Sir feckry berkata...

memang terfikir.tapi tengah train atasi kelemahan menghidup arang

Tanpa Nama berkata...

woii...ko khianat aku ye..huhu nasib ko byk tolong ibu tau..

panjang langkah berkata...

takpe la dik...walau macam mana pun pengajaran dari gambar-gambar tu..terbukti angah lebih hensem dari kau...

Sir feckry berkata...

bole blah la ngah