Balik melaka

Hari ini adalah hari maulidur rasul. Aku menyambutnya di rumah. Kali ini aku balik kerana sudah agak lama aku tidak pulang ke kampung halaman.

Aku berjumpa Arif, Tyson dan Emy. Lama juga aku berborak dengan Arif. Cerita kami banyak berkisar tentang apa ang berlaku pada rakan-rakan setelah lama aku tiada di Melaka.Arif masih dengan USANAnya, Tyson sudah bersama dengan Jakpau , Emy pula resah dengan mata pencarian.

Nampaknya rakan-rakanku sibuk dengan life mereka. Aku tidak tahu mengapa kali ini aku tidak gemar pulang ke Melaka. Tapi yang pasti Cuti kali ini adalah cuti paling lama aku habiskan di rumah.

Kehadiran seseorang yang amat mengejutkan aku..Lina.
Aku tidak tahu mengapa dia datang. Mungkin ingin berjumpa dengan Ibu buat kali terakhir. Aku nampak dia banyak berubah setelah ketiadaan aku di dalam hidupnya. Nampak lebih tabah.
Dan aku percaya cerita aku dengan dia sudah berakhir.

Hujan lebat ketika aku pulang ke Equine. Rasanya aku bukan lagi orng Melaka. Sebab aku tidak rasa seperti orang Melaka. Pulang pun tidak lagi segembira seperti dulu.
Mungkin gembira dengan jumpa ibu dan acik. Gembira pergi Gym dengan acik. Lama dah dia ajak aku pergi, dan akhirnya dapat juga aku pergi. Walaupun aku saja menahan kaki yang sakit.

At lest dapat juga teman dia.

Ibu, lama betul tak dengar cerita-cerita ibu. Sibuk dengan rempah. Tapi banyak masa aku luang dengan mereka.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Silat Pengantin

Luke Code