IP MAN. Sebutan biar betul, 'yip man' bukan I.P Men. Yip Man ni name orang. seorang pengamal wushu yang memang power. Toksah cakap la, tengok cerite die je dah gempak. Tapi bile orang kite tengok, ala dalam filem boleh la.
Memang dari kecik aku suke bace majalah Bela Diri atau komik-komik yang ada unsur martial art. Yip man ni popular dengan wushu jenis wing chun. Tapi die buka pengasas kepada wing chun. Pengasas sebenarnya adalah seoran wanita. Sebab tu kalau tengok betul-betul pergeraka wing chun ni ade macam lembut skit. Memang lembut pergerakannya.
Bebrape minggu yang lalu aku pergi ke Every Body Martial Arts. Aku dilayan oleh seorang apek tua yang memang kalu aku tendang memang comfirm keiok la. Aku berbual dengan die tentang wing chun. Die pun tunjukka langkah wing chun. Memang dahsyat! Sebiji dengan filem IP Man tu.
Kate orang , tak tengok tak tau. Memang power. Sejak tu aku berfikri. Adakah pengamal silat mampu menandingi pengamal wing chun. Memang betul kita harus bangga dengan warisan kita. Tapi cuba kita lihat sekarang ni silat sendrii suda terpinggir.
Ade satu sebab saje yang mebolehkan silat itu menjadi terhebat. Kebatinan. Jika betul ilmu yang kita ambil tu, maka kire oklah. Tapi sayang zaman sekarang ni kalau cerita sikit pasal kenatinan ni sume kate sesat. Tepuk dade tanye iman.
Cubae kite pikir betul ke sami sholin kat tu bole terbang macam dalam TV tu? Betul sebenarnye. Aku berbual dengan zack member yang baru aku kenal, katanya guru die pernah pergi buat resech kat shaolin temple. Macamana sami-sami ni boleh terbang.
Sami tu pu suruh die pergi ke sebatang pokok, ade pasu dan cuba lihat rahsia di dalam pasu Apabila die buka yang ada adalah surah al-ikhlas!
Aku tabik dengan penggiat silat yang bertungkus lumus menaikkan nilai silat di mata dunia, contoh macam rozaidi abd rahman, jak osman, cikgu awang daud, pak majid dan yang lain-lain lagi. Mereka korbankan keringat untuk warisan melayu ini.
Pernah aku membayangkan, kalau lah ada rancangan realiti untuk silat apa akan jadi agaknye. Andai aku mampu nak sangat aku buka kelab silat sendiri. Buka Gym yang ade kelengkapan untuk training silat. Setakat ni yang famous cume gym Jak Osman dan rozaidi abd rahman.
Terkenang mase aku belajar dengan haji mokhtar di solok gaung . Pada aku itulah gelanggang silat yang terbaik pernah aku jumpa. Walaupun tidak moden, tetapi ianya sangat membanggakan.
Adakah silat Pukula Melaka masih hidup? aku sendiri dah tak mendengar ceritanya...
Tags:
sport