Menulis Bukan Kerna Nama

Jumaat, 8 Januari 2010

Semalam-ini bukan cerita aku


Balik dari makan dengan nono.

Dengan relax aku parking cam biasa. Tetiba amid budak bilik aku, dengan tergesa-gesa dia minta aku alih kereta.

"Apahal ni amid?" tanya aku.

"Aku ada hal penting ni." jawab spontan.

"Apa yang penting sangat?" tanya aku lagi.

"Ada orang nak masuk meminang awek aku. Mak dia dah setuju," jawab amid dengan keadaan yang kalau korang tengok memang serabut gila.

Zaman sekarang ada lagi mak bapa carikan jodoh. Nanti time aku dah tua, aku tak tahulah nak carikan jodoh untuk anak-anak aku.

Orang tua selalu cakap, jodoh kalau orang tua yang cari akan kekal sepanjang hayat. Ceit! poddahhh!

Hipokrit. Zaman P. Ramlee dalam cerita bujang lapok, semua cari awek sendiri. Tak pula Mak bapa, si ramlee, Sudin dan ajis carikan awek untuk dorang. Agaknya zaman bila? Zaman Hang Tuah kot.

Tapi zaman Hang Tuah ada juga cerita cinta Tuah dan Tun Teja. Cerita Tuah dan Puteri Gunung Ledang pun ada juga. Jadi bilakah agaknya zaman mak bapa carikan jodoh.

Kesian juga kat member aku ni.

"Benda ni dah dua kali jadi kat aku," kata amid.

Actually , jodoh ni jodoh kita yang nak kahwin. Cari la sendiri. Perempuan mungkin cakap, tak akan perigi nak cari timba. Itu pepatah lama. Sebab pepatah ni la agaknya ramai perempuan bergelar andartu (sory kalau ada yang terasa). Bukan ke sekarang zaman melenium? Kerterbukaan menjadi inspirasi sejagat.

Kalau ada perempuan yang kat luar ofis aku ni, terkena nasib sama dengan member aku, kahwin paksa, korang fikir la. Kalau korang boleh terima seadanya, its ok. Tapi kalau rasa terseksa, maka meranalah jawabnya. Jangan biarkan hidup anda merana. Berdosa kalau tak sayang suami. Tapi hati perasaaan tak boleh di paksakan. Dah tu takkan nak terus berdosa nusyuz?

Kepada awek member aku, ko cakap je kat mak ko, yang ko tak nak kat laki tu. Takkan nak tidur dengan orang tak kenal. Tak ke jadi niaya namanya. Nanti jadi pula kes hidup berasingan.

Pagi tadi aku bangun tido, tetiba terdengar lagu ACAB kat pc. Amid buka kot.

Lagu, fight for your right!
Share:

3 comments:

embun d tengah malam berkata...

adoi..ssedih punya cerita..

kim salam amid

Mr feckry berkata...

kita doakan budak ni berjaya la

Would Self-reliant berkata...

Kesian kat amid... Amid kene sedar mungkin itu bukan yang terbaik untuknye... Akan ade yang lebih baik menantinye... InsyaAllah...